بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Eksperimen menggunakan Chimpanzi mungkin akan tinggal sejarah tidak lama lagi.
Tedi minggu ni memuji U.S. Fish and Wildlife Service di atas usaha mereka untuk mengisytiharkan semua Chimpanzi sebagai terancam, meliputi yang di dalam kurungan, dan bukan hanya bagi Chimpanzi liar.
Ted S. Warren/AP - Foto bertahun 2009 menunjukkan “Jody,” seekor Chimpanzi yang digunakan dalam pembiakan & penyelidikan biomedik. Fish and Wildlife Service mencadangkan mereka sebagai terancam, sekaligus menyusahkan pihak yang menyimpan Chimpanzi untuk disewakan sebagai bahan ujikaji. Hutang foto: Fish and Wildlife proposes endangered listing for captive chimpanzees |
Tedi mengimbau kembali ke tahun 1990 di mana Endangered Species Act telah memecahkan Chimpanzi kepada Chimpanzi liar dan Chimpanzi kurungan di mana kategori kedua kurang dilindungi, menyebabkan mereka digunakan sesuka hati oleh National Institutes of Health dalam eksperimen.
Comelnya Chimpanzi ni, tapi Tedi lagi comel tau. U.S. Fish and Wildlife Service has proposed adding captive chimpanzees to the endangered species list. |
Tindakan Fish and Wildlife ini dilhat seiring dengan penemuan badan kerajaan Amerika Syarikat iaitu Institute of Medicine, bahawa tidak semestinya untuk gunakan Chimpanzi dalam kajian penyakit manusia.
Tedi menunggu perisytiharan peraturan baru itu yang dijangka bermula pada Disember ini.
~20130613~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
2 Ulasan
bagus.. sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan dari terus menjadi bahan kajian..
BalasPadamtengok.. animal pon got problem.. hehehe..
BalasPadamitulah.. mereka pon makhluk tuhan jugakan..^^
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.