Kanada buat lawak lagi sekali.


Pasangan Ken Campbell dan Nicole Sauve tergali 1 rangka di halaman rumah mereka di Ontario.

Rangka berusia 400 tahun dipercayai milik wanita First Nations Kanada yang menjalankan aktiviti memburu, mengumpul hasil alam, dan juga menangkap ikan.

Tanpa berlengah mereka memanggil pihak polis yang mengenalpasti rangka itu sebagai wanita aboriginal First Nation Kanada berusia 24 tahun yang dijangka mati pada awal 1600-an.

Bukannya jasa mereka dibalas namun mereka didenda $5000 oleh Registrar of Cemeteries di sana untuk bayaran ujian arkeologi. 

Mengikut Funeral, Burial and Cremation Services Act di Ontario, pemilik hartanah adalah bertanggungjawab ke atas kos ujian arkeologi jika mayat manusia dijumpai di tanah mereka.

Pasangan itu kini sedang menunggu campur tangan Datuk Bandar Sarnia untuk membayar kos tersebut. Hakikatnya mereka tak kisah pun siapa yang bayar asalkan mereka tak perlu bayar.

Komen Tedi mengenai kes ini:

Apa ke bodohnya kerajaan Kanada ni? Bukannya senang nak jumpa rangka manusia zaman purba ni. Pakar arkeologi pun bersusah-payah nak mencari tapak kajian, ini pula dah terjumpa.

Nampaknya selepas ini sesiapa yang jumpa rangka seperti ini patut hanya berdiam diri? Seterusnya menyumbang kepada kerugian negara?

Tapi Tedi percaya, rakyat yang baik takkan berdiam diri jika berjumpa rangka seperti itu.

Sumber bacaan Tedi untuk berita ini:


20130617