بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Tedi memang tak setuju manusia "suap" makanan kepada haiwan liar.
...
Daging Kambing Bakar BBQ |
Suap tu bukanla hulur makanan ke mulut haiwan tu, tapi bagi makanan kepada haiwan liar.
Apabila melihat kes sebegini, Tedi akan jadi sedih disebabkan oleh beberapa faktor:
- makanan itu belum tentu sesuai dengan haiwan itu, sedangkan manusia pun diracuni makanan mereka sendiri. Tengok je lah kes darah tinggi, kencing manis, dan lain-lain lagi. Bezanya manusia ada hospital.
- haiwan liar itu akan terganggu cara hidup asalnya, dia akan bergantung kepada manusia, contoh terbaik ialah monyet yang curi makanan manusia di Tasik Dayang Bunting di Langkawi. Monyet atau beruk atau kera? Tedi tak pasti, tapi berhati-hati ketika di sana.
Jadi kepada manusia di luar sana, tak payahlah tunjuk yang kamu tu kononnya baik sangat dengan berkongsi makanan kamu tu kepada haiwan liar!
Seorang lelaki Alaska diserang beruang kerana kongsi daging BBQ
...
Pengajaran ini dipelajari oleh seorang lelaki Alaska secara kasar apabila dia diserang seekor beruang hitam baru-baru ini. Kononnya dia berkongsi daging barbeku yang dibawanya kepada seekor beruang hitam.
Lemparan pertama, ok, beruang tu makan. Lemparan kedua, tiba-tiba je beruang tu serang dia. Lelaki itu mengalami luka dalam di belakang dan calar pipinya.
Tapi itu cerita dia & lelaki itu pun dikatakan mabuk. Kita kena dengar pula cerita daripada Sang Beruang itu, barulah adil namanya.
Malangnya Sang Beruang tidak dapat dijejaki sehingga sekarang, & tiada saksi untuk mengesahkan kewujudannya.
Lelaki itu akan didakwa kerana kesalahan memberi makan secara haram kepada haiwan liar.
Sumber berita rasmi:
~20130618~
jika karangan ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
6 Ulasan
sharing is caring kan apa salahnya kongsi daging kambing bbq yang superrbbb tu muahahaha.
BalasPadamBeruang makan ikan la kak.. ikan fresh... salmon lagi... hehehe...
BalasPadamnasib baik tak menyebabkan kematian.. kena hati2 sebab kita tak faham naluri haiwan..
BalasPadamBukan niatnya nak bunuh laki tu, kalo x, rasanya memang parah. Beruang ni bukan leh buat main kalau marah.
BalasPadampergh bagi makanan pon nak saman ke? aik?
BalasPadamxleh, kerana sebab2 yg Tedi katakan tadi. Haiwan ni x sama mcm manusia, kami ada dunia kami semdiri.
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.