Tedi memang sokong tindakan ayah Miles Ambridge menyuruh gambar itu diambil semula.
Tak payah Tedi komen panjang, tengok gambar di bawah ni dan rasakan perasaan ayah kepada kanak-kanak berusia 7-tahun itu!
Entah apa-apalah jurugambar tu? Mungkin dia nak cepat sehingga budak tu dibiarkan sahaja di sana?
Si guru pun mungkin kalut nak kawal semua murid maka dia tak perasan kehadian Miles di sana?
Abaikan sahaja perbuatan mereka itu. Apa yang penting ialah tindakan bapa si Miles ini, Don Ambridge yang segera menghubungi pihak sekolah & meminta mereka mengambil semula gambar tersebut.
"Saya dapati foto ini amat jelik. Sila hapuskannya. Saya tak mahu ia berada dalam rumah saya." - bunyi surat Don Ambridge kepada pihak sekolah.Namun Don menolak untuk menuduh diskriminasi dilakukan ke atas anaknya, cuma mungkin pihak yang terlibat tidak peka dengan keadaan semasa.
Tahniah Don! Selamat Hari Bapa!
Sumber rasmi, maklumat lanjut semua ada di sini:
- Miles Ambridge, 7-Year-Old In Wheelchair, Isolated By Photographer In Class Picture
- The class photo that made a father cry
- Wheelchair Class Photo On Facebook Portrays Ugly Discrimination.
- Wheelchair Class Photo: Parents Outraged As Disabled Student Is Separated from Classmates
20130618
7 Ulasan
kesian kt dia kn.. mmg tk ptut diorng ni ^^
BalasPadamdiskriminasi yang tak disengajakan.. nasib baik ianya disedari..
BalasPadamKalau tak sengaja tu, maksudnya memang dh tertanam dlm hati. Betul x pendapat Tedi ni?
BalasPadamKerusi rodanya terpisah oleh bangku yang terlebih panjang tuh. Memang tak disengajakan, namun jurugambar tersebut sepatutnya menyedarinya. Tak mungkin dia tak sedar.
BalasPadamitulah Don Ambridge kata mereka tak peka... bila tak peka, walaupun sedar, hal itu mungkin hanya dipandang mudah.
BalasPadamkesian die.. dia pon manusia juga.. :(
BalasPadamboleh sebarkan & jadikan teladan. alah, Tedi tengok di Malaysia ni pun sama je, parking OKU digunakan sesuka hati.
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.