Jairo Mora Sandoval, 26, mati selepas beberapa minggu meminta bantuan polis  melalui kiriman Facebook untuk menangkap pencuri telur penyu.

Dalam banyak2 berita yang Tedi baca, berita inilah yang paling mendukacitakan. Tedi log dalam interpretZZ pada hari ini supaya menjadi kenangan pada suatu hari nanti.

Inilah penyu Costa Rica yang cuba dilindungi oleh Mora Sandoval.
Penyu ini dikenali di Malaysia sebagai Penyu Belimbing.
Kesian penyu-penyu ni, kehilangan seorang manusia yang sanggup membahayakan diri untuk melindungi mereka. Mencintai sesama makhluk merupakan salah satu ajaran Islam.

Maklumat mengenai Penyu Belimbing di wikipedia.


Bagaimana pejuang nasib kaum haiwan daripada kaum manusia dibunuh oleh kaumnya sendiri semata-mata kerana perjuangan beliau menghindarkan kepupusan penyu.

Sebelum kematiannya dia mengirim ke Facebook satu rayuan yang di antara kandungannya ialah:
  • "Bolehkah kalian menghantar mesej kepada pihak polis supaya datang ke Pantai Moin"
  • Pihak polis itu hendaklah bersenjata & berani,
  • "60 ekor penyu telah dicuri - tiada satu sarang pun yang tinggal. Kami perlukan bantuan segera."
  • Penyu-penyu itu menjadi sasaran "hueveros" (pencuri telur penyu)
Selain itu dia menulis juga kepada akhbar mengenai ancaman yang dialami oleh penyu2 di sana.

Bekerja melindungi tapak-tapak pemeliharaan penyu yang sering diancam mafia

Pemuda Costa Rica itu merupakan pelajar biologi dan bekerja dengan kumpulan penyelamat haiwan Paradero Eco-Tour dan juga badan Wider Caribbean Sea Turtle Conservation Network (Widecast).

Mora Sandova (tengah) sedang bercakap dengan sekumpulan manusia .
Hutang gambar: Turtle conservation groups reassess after guardian is killed on Costa Rican beach

Mayat dijumpai dalam keadaan bogel, diklasifikasikan sebagai kes rompak.

Mayatnya itu dijumpai di pantai yang sama jam 7 pagi Jumaat lalu, dalam keadaan bogel. Tangannya diikat dan dia ditembak di kepala, selepas diculik oleh sekumpulan manusia bertopeng. 

Polis menganggap kes itu sebagai kes rompakan kerana duit & telefon beliau hilang. Apa kejadahnya polis di sana?

Semasa penculikan itu berlaku beliau & 4 gadis yang juga sukarelawan sedang meronda kawasan pantai. Keempat-empat gadis itu dikurung dalam kereta, ada juga yang kata mereka sempat lari dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Satu sumber menyatakan mangsa diculik oleh mafia yang mencuri telur penyu untuk dijual kepada penyeludup dadah.
Sumber lain pula menyatakan mangsa terserempak dengan penyeludup dadah yang sering menggunakan pantai itu sebagai tempat operasi.

Mafia mencuri telur penyu adalah kes biasa

Kegiatan mencuri telur penyu adalah biasa di Costa Rica dan dikaitkan dengan kumpulan mafia yang menukarkannya dengan dadah. Tak sangka penyeludup dadah menerima telur penyu sebagai matawang. Ini bermakna telur penyu di sana amat mahal harganya.

Manusia, apabila tiada iman & dipengaruhi nafsu, itulah jadinya.

Rujukan untuk artikel ini:

Berita ini dikirim pada 5 Jun 2013.