Ganjaran $10,000 ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang boleh memberikan maklumat tentang kematian George, seekor kawan Tedi, iaitu seekor itik terkenal di San Antonio. 



  • Rakaman CCTV menunjukkan George ditangkap oleh 2 orang manusia lelaki yang mendera dan membunuh George di River Walk
  • Pembunuhan kejam ini mungkin takkan disedari jika George itu bukan haiwan kesayangan pemilik perniagaan dan pelawat di sepanjang rangkaian laluan pejalan kaki tersebut. Resam dunia, yang popular sahaja diambil peduli.
  • Kalau di Malaysia contohnya, bila anak duta luar negara diculik, habis heboh 1 Malaysia, PDRM pula bergegas. Tapi kalau anak orang biasa2 yang hilang, senyap sunyi tanpa khabar. Tengok2 dah jadi mayat.
"Dia merupakan itik yang benar-benar baik dan sentiasa berlegar di sekitar sini. Dia adalah sangat popular," kata seorang pengurus restoran. 
  • Ganjaran datang daripada Humane Society of the United States dan juga Crime Stoppers, di mana masing-masing menawarkan $5,000. Jumlah wang yang ditawarkan itu mungkin akan membuat para pembunuh yang pengecut itu tak senang duduk!
  • Manusia pun satu, bila ditawarkan wang baru nak ambil peduli nasib haiwan!
Rujukan: Reward reaches $10K for info on River Walk duck
20130607