Mungkin ramai kenal pokok Misai Kucing, tapi mungkin tak ramai pernah tengok "misai kucing" yang sebenar!

Apa maksud Tedi ni? Tengok gambar lah senang, hehehe.

 

Kenal tak siapa ni?

Inilah kawan Tedi si "Hamilton the Hipster Cat" bersama misainya yang sungguh unik. 

Hamilton "ditemui" oleh seorang pelawak bernama Jay Stove di sebuah pusat perlindungan haiwan. Sesungguhnya "hanya jauhari mengenal manikam", di mana dalam kes ini seorang pelawak menemui potensi Hamilton untuk menjadi bintang!

Mesti pekerja di pusat perlindungan kucing tu menyesal kerana tak perasan bintang si Hamilton ni, apatah lagi sesiapa yang mencampak Hamilton ke pusat perlindungan haiwan itu.

Inilah namanya rezeki dan takdir. Jika dah milik Jay Stove, tiada siapa boleh ambil. Tapi mana lah tahu kalau sebenarnya rezeki itu hanya dipinjamkan kepada Jay Stove sebelum sampai kepada pemilik sebenar.

Hammy (nama manja Hamilton) kini mempunyai lebih 20,000 pengikut di Facebook.

"Misai itu asli, dia memilikinya sejak kecil. Pegawai veterinar pun terkejut apabila melihatnya, jadi saya yakin ia adalah kes luar biasa." - jelas Jay Stove.

Gambar Hamilton bersama produk makanan yang diwakilinya sebagai duta.

 

Kekacakan Hamilton terletak pada misainya.

 

 

 

 

Gambar seekor kucing bernama Hamilton menjadi seekor Santa Clause.

 

 

Gambar seekor kucing bernama Hamilton bergambar bersama sebuah buku bertajuk American Spirit.
 
 
Adakah kucing memunyai kumus (kumis) hitam?

Karangan ini pertama kali diterbitkan pada 15 Jun 2013 bersandarkan kepada sumber dari berita bertajuk "It’s a mog-stache: Cat’s fur pattern looks just like upper lip beard."