Aiseh, tertengok la pulak!

Ha! Kan ayah Shila Hamzah dah marah tu! Sampai sekarang Tedi keliru kenapa nama dia ND Lala?
Tanya Master memang tak dapat jawapan la sebab Master bukan layan sangat pasal artis ni. Dia kenal Mawi dan Akademi Fantasia pun sebab terbaca pada pembungkus nasi lemak! Sebelum tu tak pernah dengar AF pun. Kolot kan Master tu?


Hutang gambar: Konflik Shaarnaz Dan Nd Lala
Konflik ni pun Tedi tak pernah ambil tahu, tapi Tedi kongsi la sebab dah hutang gambar.
-----

Apa ceritanya Tedi oiii... tiba-tiba ambil tahu hal Shila Hamzah?

Sekarang ni dalam bloglist Tedi diserbui oleh gambar2 sesusuk tubuh berbungkus baju senam yang sendat menampakkan susuk2, kontur2, bentuk2, atau permukaan2 yang tak sepatutnya dilihat oleh seekor Beruang Tedi yang comel & nafi macam Tedi ni.

"Naif la sangat!"

Tedi terlawat la pula salah satu kiriman itu semata-mata tertekan "more" kerana nak baca ayat twitter Shila Hamzah.

"Tak kisah la tu, terlawat ke, melawat ke.."

Ish, suara siapa yang duk nyampuk Tedi menulis diari ni? Mesti Master ada di mana-mana ni... intai Tedi tulis diari, nak curi baca la tu!

Tedi tak tahu la para pengirim kiriman mengenai gambar Shila Hamzah tu sama ada setuju atau tak dengan perbuatan Shila Hamzah.

"Dah mereka kirim, mereka setuju la tu. Apa la Tedi ni."

Shut-up la Master! Nak menaip pun tak senang. Huh! Ok, Tedi sambung tulis.

Tapi "mereka" mungkin melaporkan bahawa peminat Shila Hamzah marah dengan perbuatan itu, minta Shila Hamzah padamkan gambar itu, dan akhirnya Shila Hamzah pun padamkanlah gambar itu.

Selesai. Gambar telah dipadamkan oleh Shila Hamzah.


Masalahnya para pengirim yang duk melaporkan kemarahan peminat itu, seolah-olah mereka pun marah sekali, apa mereka buat? Lagi mereka sebarkan gambar tu adalah.

"Alah Tedi ni, gambar macam tu pun nak heboh!"

Aik, bila Shila Hamzah kirim, semua heboh. Dum dam, dum dam. Bila orang lain kirim, tak jadi masalah?

Salah tetap salah, walaupun Rosmah Mansor yang mengirimnya.
Salah tetap salah, walaupun kesalahan itu hanya sebesar biji sawi.
Salah tetap salah, walaupun hakim kata tak salah.

Okla diari tedi, sang interpretZZ yang Tedi kasihi, Tedi nak pergi baca kiriman kak Ummu Aidan mengenai cili dia yang berbuah tu lagi bagus. Mungkin akan dapat pahala sedikit-sebanyak daripada terjebak dapat dosa melihat gambar Shila Hamzah itu.

"Asyik tengok gambar cili orang je, cili Tedi tu tak tumbuh-tumbuh pun?"

Diamlah Master! Pergi mandi tu. Dari tadi bising bango.

Maaflah diari, Tedi letak gambar bapa Shila Hamzah pun cukup la kan? hahaha. Sekadar hiasan je pun, bukan penting pun letak gambar Shila Hamzah tu, yang penting apa yang Tedi nak tulis dalam diari usang Tedi ni, kan?
20130608