بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Dah lama Tedi dengar pasal "gesaan" untuk naikkan harga tiket bas sebanyak 30% oleh pengusaha bas kepada kerajaan.

Gambar sebuah bas Johore Motor di Sedili
Sekadar gambar hiasan.Pengangkutan awam - bas Johore Motor di Sedili

Tapi Tedi malas nak komen sebab rasanya tak relevan dengan Tedi pun. Tapi duk terngiang-ngiang ayat siapa entah nama pakcik tu, berasap juga la rasa.

Pakcik tu kata "kami meminta kerajaan untuk meneliti, bukan memaksa, lepas pilihanraya ni tak elok paksa-paksa.", lebih kurang macam itulah ayatnya.

Rasa pelik lak ayat tu. Adakah mereka meminta jasa baik mereka "melobi" para perwakilan selama ini dibalas? Dan secara kebetulan kena masa nak dekat raya dah! Ini hanya andaian Tedi sahajalah, dah pakcik tu cakap macam tu kan.

Inilah masalah dengan dunia kapitalis. Rakyat marhaen yang mengundi ni takde apa nilai di sisi kerajaan kerana mereka akan utamakan para penyumbang dana kempen pilihanraya.

Selain itu banyak lagi alasan pakcik tu untuk naikkan harga tiket bas. Tedi cuba jawab satu persatu dengan penuh emosi. Malas la nak serius2, Tedi bukan naik bas pun!

 

Peningkatan harga petrol

  • Hebat sungguh bas pakcik tu guna petrol? Mungkin Tedi ketinggalan zaman? Atau Tedi ni skema sangat, pakcik tu nak kata diesel sebenarnya. Relax la Tedi.
  • Pakcik, sedarlah bahawa petrol atau diesel di Malaysia ni merupakan yang termurah di ASEAN! Sekian.
  • Kalau masih rasa harga bahan api Malaysia ni mahal, sila pindah ke negara lain!
  • Ada tak menteri boleh jawab macam ni?

Tol dah tiada subsidi.

  • Kalau taknak kena tol sila guna jalan alternatif seperti rakyat marhaen terpaksa lakukan selama ini!
  • Atau jika pakcik tak setuju dengan tol, sila pindah ke negara lain!
  • Ada menter jawab macam ni?

Harga barangan semua naik, terutamanya alat ganti.

  • Pakcik, kerajaan dah belanja berbillion untuk subsidi barangan di negara ni. Jangan jadi bangsa yang asyik perlukan tongkat!
  • Pakcik jangan suka hati cakap harga barangan naik! Ada bukti? Kalau tiada, pakcik boleh dihumban ke dalam lokap kerana menghasut rakyat membenci kerajaan. Bila pula harga barangan naik?
  • Kalau tak suka dengan kerajaan, sila pindah ke negara lain!
  • Takde lak Tedi dengar menteri jawab macam ni.

Kesimpulannya?

  • Mana dia jawapan-jawapan cliche yang selalu diberikan kepada rakyat? Kenapa tidak diberi jawapan itu kepada para pengusaha bas?
  • Kenapa kerajaan takut dengan pengusaha bas? Siapa yang pegang lesen? Atau adakah persoalan utamanya, siapa yang "pegang" kerajaan?
  • Ini adalah diskriminasi & Tedi benci diskriminasi!

Sekian, terima kasih. Tedi dah cakap tadi, Tedi guna emosi untuk kiriman ini.

 

P/S: Tedi bukan anti kerajaan mahupun pro-pembangkang, namun siapalah kerajaan tanpa rakyat. Kalau ditaqdirkan PR jadi kerajaan, gamaknya Tedi bangkang jugak, dah genetik kata manusia. Macam Spider-Man tu la kiranya, ada gen labah-labah. Tedi ada gen bangkang. Hehehe. Tapi takdelah nak bangkang semua, apa yang baik Tedi sokonglah, contohnya naikkan harga rokok.

 

Bacaan lain yang Tedi sempat baca dan relevan dengan isu kenaikan harga tiket bas:


~20130625~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih