Tadi temani Master yang bawa Mommy pergi Hospital Tawakkal.
Bila penat, mata pun berpinar-pinar... |
Penatnya Tedi, baru jer sampai rumah.
Hari ni Master cuti, bawa Mommy pergi Hospital Tawakkal di Bulatan Pahang tu.
Dah la mula-mula tu salah masuk simpang disebabkan papan tanda, menghala ke Sentul Link pula.
Mujur Master mempunyai ilmu pengakap yang diamalkan iaitu tengok landasan monorel menghala ke mana, hehehe. Master pun follow la landasan tu dan akhirnya jumpa jalan keluar.
Petua yang menarik, tapi sudah tentulah takkan boleh dipraktikkan di dalam hutan.
Bertapa di Hospital Tawakkal sehingga jam 1 petang, kemudian bergerak ke Mydin Mall USJ untuk berbeli-belah. Sementara Mommy membeli-belah, Tedi keluar dan cari bangku untuk merehatkan diri. Sempat tidur sejam di sana, hahaha.
Orang ramai pasti akan kepelikan, namun Tedi peduli apa?
Apa je lah Mommy beli di Mydin kali ni?
Bangkit daripada tidur, dengan semangat baru, Tedi pergi menjenguk apa yang dibeli oleh Mommy. Macam biasa beli barangan rumah, cuma kali ni disertai dengan baju raya.Banyak stok Baju Melayu dah kehabisan. Baju Kurung yang Mommy nak pun kena selongkar dalam stor dulu baru dapat. Peniaga tu kata tahun ni ramai beli awal, tak tunggu Ramadhan dah.
Agaknya mungkin kali ni semua Muslimin di Malaysia ni nak fokus kepada ibadat dalam Bulan Ramadhan nanti, maka sebab itulah mereka sudah siapkan kelengkapan raya.
Yang benar,
Tedi yang comel. 20130619
2 Ulasan
hui dah buat persiapan raya dah?
BalasPadamhui hebat beruang zaman sekarang ni ye..^^
apa lak Tedi? Mommy la...
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.