al-Fatihah buat pelumba pelapis Terengganu yang meninggal dunia iaitu abang Mohd Shafik Imran Syahril, 15, dari Kampung Cabang Tiga.
Berita lanjut boleh baca di arkib berita Tedi: "Atlet berbasikal Terengganu maut dalam nahas ketika berlatih".
Erm, salah siapa? Meh Tedi analisis ala-ala Air Crash Investigation (ACI) yang popular dengan slogan "satu tragedi adalah hasil daripada beberapa siri tragedi".
Apa maksudnya? Meh la kita tengok sama-sama.
PERINGATAN: Tedi tak mahu blame siapa2, cuma fikir apa dan kenapa...
Mereka mengelak lubang di tengah jalan, maka kesilapan pertama ialah oleh:
- Jabatan Kerjaraya Terengganu kerana tak pantau keselamatan jalanraya di sana?
- mungkin jalan itu bukan bawah tugas mereka.
- mungkin mereka tak cukup staf.
- mungkin lubang itu tak membahayakan, kecuali kepada basikal & basikal pula tak bayar cukai jalan.
- mungkin mereka tak lalu jalan itu (atau VVIP tak guna jalan tu, cuba VVIP guna, semalam je siap).
- mungkin kerana jalan tu takde tol maka kehadiran lubang dianggap biasa2 sahaja.
- pengguna jalanraya yang tak report kerosakan jalan (alasan cliche oleh staf gomen apabila dituding jari)
- kenapa asyik nak kena report? kenapa gomen tak check sendiri?
- mungkin dah report tapi tiada tindakan.
- mungkin tiada pengguna di jalan itu.
- pengelola latihan yang tak kaji jalan yang akan digunakan?
- mungkin dah kaji tapi tak perasan (sebab kaji daripada atas kereta)
- mungkin bukan polisi standard untuk kaji jalan.
- mungkin jalan tu dah biasa digunakan sebelum ini, dan semuanya ok jer (kemungkinan paling besar sebab disebut mereka menjalani latihan harian di dalam berita).
Mangsa digesel oleh lori selepas terjatuh akibat terlanggar lubang, kesilapan oleh:
- penunggang yang terlanggar lubang kerana cuai?
- 40 orang sedang berbasikal bersama, kemungkinan melanggar lubang adalah tinggi, jadi tidak boleh dituduh mereka cuai.
- pemandu lori yang cuai sehingga tergesel mangsa?
- lori tu besar, kalau brek kecemasan kuat mana pun, susah nak berhenti dek momentumnya.
- lubang kerana duduk di tengah jalan?
- habis tu takkan nak duduk tepi jalan? nanti siapa nak langgar? duk tengah jalan pun orang tak pandang, lagi la pula di tepi jalan...
- JKR Terengganu kerana bagi lubang duduk tengah jalan?
- bukan tugas mereka untuk halau lubang daripada menduduki tengah jalan. Mereka hanya boleh menampal lubang sahaja. Itu pun kontraktor yang buat.
- pengelola latihan kerana tak inform pelatih mengenai lubang?
- mungkin mereka tak perasan pun hal lubang tu.
-
lubang? biasala jalan Malaysia berlubang-lubang, elak je la?
Dah faham maksud Tedi? Tak faham lagi?
Maksudnya mungkin ada banyak faktor yang menyebabkan kemalangan itu terjadi, daripada faktor jalan sehingga kepada mangsa itu sendiri.
Apa gunanya siasatan begini? Bukan mangsa tu boleh hidup balik...
- JKR Terengganu
- tampil dengan polisi pemeriksaan jalanraya yang lebih cekap.
- staf baru diambil.
- jabatan khas diwujudkan.
- standard baru untuk saiz lubang yang merbahaya diperkenalkan supaya lubang2 tidak dipandang enteng.
- memandang serius semua laporan kerosakan jalan.
- kontraktor yang lembab dihentikan langganannya.
- Pengguna jalanraya
- dididik untuk sentiasa laporkan kerosakan jalan sehingga sanggup mengadakan mogok lapar di jalanan.
- dididik dengan kecintaan kepada jalan raya sehingga sanggup turun padang untuk tampal sendiri lubang2 yang ada.
- Pengelola latihan
- tampil dengan standard baru memeriksa kawasan latihan
- memilih kawasan latihan yang lebih selamat.
- tambah standard baru latihan dengan mengosongkan lalu lintas (pastinya akan dikutuk oleh pengguna jalan raya yang lain) melalui kerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia.
- Kementerian Belia dan Sukan
- tumpukan usaha untuk menyelamatkan baki2 pelumba yang ada supaya mereka tidak terjebak ke dalam kancah kemalangan seperti ini.
Kesimpulannya?
Tedi pun tak tahu apa yang Tedi mengarut ni? Cuma janganlah vokal sangat menghentam sesetengah pihak sedangkan kita tiada di tempat kejadian (sekadar baca berita nak hentam orang lebih2, apa kes?)
Contohnya jika anda persoalkan kenapa tak guna laluan motosikal? Cuba fikir:
- anda pernah guna laluan motosikal tu sendiri?, atau
- anda memang arif dengan laluan motosikal tu?
Itu satu contoh la...
"Masukkan kaki anda ke dalam kasut mereka, baru la anda tahu kenapa kaki mereka berbau harum."
20130605 19:08
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.