Tedi menonton Ali Baba Bujang Lapuk yang telah dipotong sesuka hati oleh RTM1.

 "Tak baik tau Tedi tuduh RTM1 macam tu.. mana tau tu je bahagian yang masih ok setelah sekian lama diulang tayang?"

Ok la, Tedi tarik balik kenyataan tersebut. Ternyata ada dalam sejarah bahawa Angkasapuri pernah terbakar dan bahagian arkib yang menyimpan khazanah filem negara Malaysia turut terjejas.

Inilah beberapa pelajaran Tedi kutip: Semua yang berlesen adalah "halal"Orang Malaysia pentingkan jenamaLayanan Khas Jika BerpangkatOrang kaya meminjam wang orang miskinMembantu apabila ada kepentingan peribadiBerubah kerana kekayaan, dan Orang kaya lari daripada hutang.



Lawak yang ada kelas dan sarat dengan mesej!
http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Ali_Baba_Bujang_Lapok.jpg

Bila menonton untuk kesekian kali, Tedi mula terfikir mengenai lawak P. Ramlee yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan, relevan setiap zaman. 

Terfikir sedemikian setelah Tedi bandingkan dengan filem Jutawan Fakir yang Tedi tertonton petang tadi yang lawaknya entah apa-apa. 

Bila Tedi amati lawak P.Ramlee ni memang ada kelas tersendiri. Banyak pengajaran. Banyak sindiran pedas.

Semua yang berlesen adalah "halal".

Babak seorang penjual candu dengan selamba promosi candu beliau di pasar. Sungguh lantang dia menjerit "Candu, candu.", tapi apabila datang seorang pelanggan bertanyakan mengenai belacan, dia terus berbisik-bisik seperti belacan itu barang larangan.

Apabila ditanya kenapa perlu berbisik? Si penjual menjawab belacan tiada lesen, yang lain termasuk candu semuanya berlesen.

Adakah P.Ramlee nak perli benda-benda haram boleh dijual di Malaysia ni asalkan ada lesen?

[Kandungan]

Orang Malaysia pentingkan jenama.

Pastu si orang gaji bawak balik belacan tu dan serahkan kepada majikannya.

Majikannya bertanya, "kenapa belacan itu busuk?".

Orang gaji jawab, "itu belacan dari Pulau Pinang".

Majikannya hidu belacan tu sekali lagi dan berkata, "agaknya hidung aku yang tersumbat".

Mungkin P.Ramlee nak sindir orangg kita hanya pandang jenama?

Tetapi setelah Tedi fikirkan kembali, ini bukan pasal jenama, tetapi tentang sikap berat sebelah. Kita lebih memenangkan pihak yang kita suka, sehinggakan apa yang "busuk" pun kita kata wangi. Tengok sahaja perangai penyokong parti politik.

[Kandungan]

Layanan Khas Jika Berpangkat.

Doktor rawat pesakit. Ada tukang kipas duk kipas si pesakit. Si doktor marah dia, "kenapa kipas pesakit, patutnya kipas doktor".

Mungkin nak sindir layanan khas berdasarkan pangkat seseorang?

[Kandungan]

Orang kaya meminjam wang orang miskin.

Si miskin nak pinjam duit. Orang kaya suruh orang gaji ambil rekod pinjaman.

 

Tengok-tengok orang gaji salah ambil rekod surat hutang.

Si miskin tanya, "orang kaya pun berhutang ka?" 

Si kaya jawab "Ingat orang kaya semua banyak harta?"

Itulah hakikatnya, si kaya sebenarnya berhutang guna duit simpanan orang kurang kaya.

Cuma kerana mereka ada nama atau pangkat dan boleh jual idea, mereka ada peluang pinjam dengan kadar murah, tengok saja beza "bunga" org biasa dengan "bunga" doktor.

[Kandungan]

Membantu apabila ada kepentingan peribadi.

Nurlia datang nak pinjam cupak.

Kasim Baba terus halau Nurlia kerana fikir dia nak pinjam barang lain.

Bila tau Nurlia nak pinjam cupak, terus diberi kerana Kasim Baba tau cupak selalunya digunakan untuk sukat barang berharga.

Ini sindir orang yang hipokrit (munafiq), membantu bila ada kepentingan.

[Kandungan]

Berubah kerana kekayaan.

Ali Baba pada mulanya sangat lembut dengan Nurlia.

Tapi apabila dia dapat emas, suara dia terus garang. Inilah penyakit manusia, lupa ketika dah senang. Pastu terus dia berlatih cara jalan orang kaya, tunjukkan orang kita memang pentingkan status dan gaya.

Tapi Ali Baba dalam filem ni masih lagi pemurah dan baik hati.

[Kandungan]

Orang kaya lari daripada hutang.

Orang kaya A minta dirompak sebab dia nak lari dari bayar hutang.

Ni sindiran orang kaya yang lari daripada bayar hutang melalui perisytiharan muflis. Orang malaysia mungkin tak biasa, namun undang-undang muflis di Amerika Syarikat lindungi si muflis daripada bayar itu dan ini.

Mungkin ada banyak lagi teladan boleh dipelajari daripada filem P. Ramlee, tapi Tedi dah ngantuk. Tedi tidur dulu.

[Kandungan]


20130612