Tapak Sulaiman Crown-of-Thorns telah mula menguasai satu selat di Filipina yang terkenal dengan kepelbagaian hidupan laut dunia.
- Verde Island Passage akan mengalami kemusnahan besar dengan kehadiran haiwan tersebut.
- Tapak Sulaiman tersebut memakan polyps pada karang-karangan sehingga hanya tinggal badan berwarna putih, sebelum beredar ke tempat lain.
- Ia hanya tinggalkan terumbu karang itu apabila ia mati.
- Laluan sepanjang 100 kilometer & 20 kilometer lebar itu dikatakan sebagai raja kepada pusat kepelbagaian lautan dunia.
- Terletak di atas Coral Triangle, kawasan perairan yang meliputi Indonesia, Papua New Guinea & Timor Timur digelar sebagai Amazon Lautan kerana kaya dengan hidupan laut, tetapi telah lama diberi amaran oleh pencinta alam bahawa ia akan musnah dek pencemaran & aktiviti perikanan terlampau.
- Ia merupakan laluan air tersibuk di Filipina dengan pengangkut minyak & bahan kimia. Pantai berdekatan terdapat limbungan kapal, pemproses minyak, pemproses bahan kimia & penempatan besar.
- Tapak Sulaiman itu hanya didapati dalam bilangan banyak pada beberapa bulan kebelakangan ini. Mereka mungkin berkembang kerana perikanan terlampau menghapuskan pemangsa semulajadi mereka & juga penggelodakan yang membekalkan nutrien kepada pertumbuhan mereka.
- Setakat ini 500 meter persegi karang telah dimusnahkan, namun angka itu mungkin akan bertambah lebih besar lagi.
- Para penyelam sukarelawan tempatan, pelajar universiti, dan pegawai pantai telah menyelam untuk membuang Tapak Sulaiman itu namun lebih ramai penyelam diperlukan.
Proses menghalau Tapak Sulaiman dari Verde Island Passage
- Dikutip satu persatu oleh penyelam menggunakan penyepit besi.
- Ditanam di pantai hidup-hidup. Kejam kan? Huhuhu.
Bacaan selanjutnya mengenai ancaman Tapak Sulaiman kepada Terumbu Karang
Gambar imej tapak Sulaiman berwarna ungu..
20130602
2 Ulasan
salam kenal..membalas kunjungan n follow tedi jugak =)
BalasPadamowh, terima kasih banyak2 :)
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.