Warisan unik keluarga sarkas Moscow disambung semula

Kucing boleh buat persembahan sarkas? Memang menakjubkan sebab Tedi tau benar perangai Sang Kucing ni, degil dan tak boleh dikawal.

Apa-apa pun legasi Yuri Kuklachev kini disambung oleh anak lelaki beliau, Vladimir Kuklachev yang kembali membuka Moscow Cat Theatre.

Teater ini unik kerana mengkhususkan kepada sarkas kucing.
Foto bertarikh 3 Mei 2013 menunjukkan Vladimir Kuklachev sedang membuat persembahan dengan seekor kucing di Moscow Cat Theatre yang diasaskan oleh ayahnya seorang badut terkenal di Russia, Yuri Kuklachev, tidak lama sebelum kejatuhan USSR.
Teater itu kembali dibuka selepas perubahan besar-besaran dilakukan.
Seekor kucing yang membuat persembahan di Moscow Cat Theatre yang mempunyai 20 ekor kucing, seekor anjing & sekumpulan badut.

"Tepi-tepi, aku nak lalu", kata seekor kucing yang handal bermain papan selaju.

"Hahaha, cuba la tangkap kalau boleh!", seekor kucing mengejek-ejek Vladimir Kuklachev.
Bukan senang nak tangkap seekor kucing, apatah lagi untuk mengarahkannya membuat persembahan sarkas.

"Akhirnya ada juga kucing yang reti dengar arahan.", keluh si Vladimir Kuklachev.

Bacaan lanjut mengenai Moscow Cat Theatre yang Tedi jadikan sebagai rujukan untuk kiriman ini:


20130602