Barulah Tedi perasan yang Malaysia dilanda jerebu yang amat dahsyat!
Pagi tadi Tedi bergegas bersiap untuk ke sekolah. Begitu juga Mommy & Master yang mahu segera sampai ke pejabat masing-masing.
Buka sahaja pintu rumah, astaghfirullahu adzim, kelabu asap ruang udara di sekitar rumah. Bukan itu sahaja, bau asap kuat menusuk lubang hidung Tedi yang mancung ini. Pembetulan, bukan lubang hidung Tedi yang mancung, tapi lubang kepada hidung mancung Tedi.
Dalam perjalanan menghantar Mommy ke pejabat beliau, keadaan jalan sungguh lengang. Keadaanya seperti dilanda garuda!
Di samping itu berita melaporkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak telah mengisytiharkan darurat kerana keadaan udara yang tercemar. Kelakarnya berita itu lebih fokus kepada memberitahu rakyat supaya tidak cemas dengan perisytiharan darurat itu kerana ia adalah berkaitan dengan jerebu dan bukannya berkaitan dengan pentadbiran negara! Huk aloh! Tedi rasa rakyat semua faham kerana dah selalu dah jerebu macam ni.
Selepas menurunkan Mommy, kereta yang dipandu Master meluncur laju menuju ke Gombak, di mana sekolah Tedi terletak.
Sama juga, keadaan jalan sungguh lengang!
Kali ini berita di radio melaporkan bahawa ramai pelajar tidak dapat hadir ke sekolah kerana sekolah mereka terpaksa ditutup kerana jerebu.
Akhirnya kereta Master pun mendarat di salah satu petak kereta di sekolah Tedi. Kemusykilan melanda diri ini kerana hanya dua tiga buah kereta sahaja di kawasan meletak kereta itu sedangkan selalunya Master terpaksa meletak kereta hampir 2 kilometer dari kelas Tedi!
Tedi segera keluar dari kereta dan bergegas ke kelas. Dalam fikiran Tedi ketika itu hanyalah rupa Cikgu Pogy yang kehijauan menahan marah. Tapi Tedi tak kisah kerana Tedi ada alasan kukuh di atas kelewatan diri Tedi ke sekolah. Tentunya Cikgu Pogy boleh memahami jika Tedi katakan Master sesat dalam bandaraya Kuala Lumpur yang indah permai kerana masalah jerebu yang teruk!
Sampai sahaja di hadapan pintu kelas, "Aik, nape gelap je ni?", getus hati Tedi.
Tedi pandang kiri, Tedi pandang kanan, Tedi pandang kiri balik, Tedi pandang pintu kelas, keadaan sekeliling tetap sepi. Tiada orang di situ!
Tedi mengeluarkan telefon pintar Tedi dan cuba periksa jika ada sebarang pesanan ringkas. Ada! Satu pesanan daripada Cikgu MG! (Cikgu MG adalah salah satu cikgu Tedi)
Esok sekolah ditutup.
Ringkas pesanan Cikgu MG, dah nama pun sistem pesanan ringkas. Pesanan itu diterima tengah malam tadi.
Huhuhu... huhuhu... huhuhu.... huwaa.....
Moral: sila periksa telefon anda setiap pagi!
4 Ulasan
kasihan tedi ya.. moralnya check dulu telefon setiap pagi..
BalasPadamHehe, cikgu dah pesan tadik. :-)
BalasPadamhahaha semua orang pening.. kejap sekolah.. kejap lagi cuti
BalasPadamhahaha..tedi2.. adeh..^^
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.