UKM menjadi destinasi penting buat Master kebelakangan ini.


Beberapa urusan berhampiran UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) di Bangi membuatkan Master semakin mengenal rupa bentuk jalan di sana. Sebelum itu Master memang takleh nak imagine macam mana rupa Bangi tu.

Apa yang Master bayangkan kepada Tedi, Bangi itu seumpama pekan koboi yang mempunyai banyak bulatan di jalan-jalan utamanya.

Namun setelah Tedi sampai ke sana, Bangi ni kira meriah juga dan lebih tersusun dan lebih sibuk daripada pekan kami sendiri. Nampak gaya Bangi ni macam syurga makan sebab banyak kedai makan, tapi setakat ni takde lak yang Master betul-betul puji walaupun ramai yang kerumuni kedai-kedai itu.

Adapun bukanlah Master yang mempunyai urusan di sana melainkan Master menjemput dan menghantar orang ke sana, selalunya dari dan ke LCCT (Terminal Tambang Murah).

Master telah mencuba 2 jalan ke sana dan yang terkini kami menggunakan lebuhraya. Tapi rasanya macam jauh yang amat sebab kami turun ke Nilai sebelum naik semula ke Bangi.

Maka Master dengan segera mengamanahkan Tedi untuk mengkaji jalan manakah yang lebih berbaloi untuk dilalui. Tedi segera merujuk Google Map untuk menyelesaikan amanah ini.

Berikut adalah 3 jalan yang Tedi temui & yang mengejutkan, lebuhraya yang Master lalui baru-baru ini tidak disenaraikan dalam carian ini. Nampak gayanya papan tanda di Malaysia ni memang saje nak bagi rakyat lalu jalan jauh.

Jalan B48 (35 km, 41 minit)


  • Master tidak familiar lalu jalan ni jadi komen sikit je la.
  • Jalan ni cuma 2 lane sahaja.
  • Akan tempuhi kawasan padat, maka kesesakan dijangka pada awal perjalanan.

Jalan Pekeliling dan Jalan Kajang-Dengkil (40 km, 41 minit)

  • Master jarang lalu juga.
  • Jalan dengan 4 lorong pada separuh perjalanan & selebihnya 2 lorong.
  • Jalan ni macam best cuma ada lampu isyarat di Dengkil yang selalunya sesak.

Lebuhraya Utara Selatan (41 km, 42 minit)

  • Tak pernah cuba ke Bangi tapi Master kata dia kenal jalan ni & Master rasa ni pilihan paling sesuai pada waktu malam (2 jalan di atas agak sunyi) atau pada waktu sesak.

Elite (50km)

  • Ni jalan yang Master terguna pada hari tu. Memang jauh ah ding dong. Lainlah kalau naik Ferrarri, sekejap la kot.

Kesimpulannya?

  • Berdasarkan maklumat baru daripada Google Maps ni, mungkin Lebuhraya Utara Selatan tu jalan paling sesuai, cuma kena bayar tol.
  • Tapi jalan dalam tu kira ok, cuma mungkin Master kena modify sedikit supaya dapat elak kesesakan.



28 Jun 2013