بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Tedi terjaga daripada tidur apabila bunyi bising menyelubungi alam.
Alhamdulillah, rupa-rupanya hujan lebat menyirami bumi berjerebu ini, setelah hampir seminggu rasanya tidak hujan.
Tedi lihat jam, owh, sudah jam 6 pagi, masa yang sesuai untuk Tedi memandikan diri dan berwangi-wangian. Sesuai dengan rupa Tedi yang cute ini, eloklah pula diserikan dengan haruman yang menggoda jiwa.
Seperti pagi-pagi yang lain, Tedi meminta bantuan Iron Man untuk menyiapkan pakaian sekolah Tedi. Nak tahu apa kerja si Iron Man? Silakan baca "Ada apa dengan Iron Man?".
Ketika Tedi menemani si Iron Man, kedengaran suara yang agak merdu di luar jendela. Tedi intai di sebalik tirai kamar dan Tedi mendapati seekor haiwan yang kurang cute berbanding Tedi seolah-olah sedang mencari sesuatu.
Selalunya Tedi faham bahasa haiwan, namun kali ini Tedi tak mengerti mungkin kerana dirinya pelat, lindahnya berpintal-pintal seperti kepala di atas bantal. Tak tahulah apa yang burung itu cari.
Tedi biarkan sahaja dan terus mengawal Iron Man yang mahu memulakan tugasan hakikinya. Tiba-tiba sahaja langsir di kamar itu bergerak-gerak dengan rakusnya! Tedi tenung Iron Man, dan Iron Man tenung langsir itu dengan penuh waspada. Mungkin bila-bila sahaja Iron Man akan mulakan serangannya!
Iron Man melangkah ke arah langsir itu dan menariknya. Serentak dengan itu, tiba-tiba terbang seekor burung ke arah Tedi. Mungkin ia mahu memakan diri Tedi ini!
Iron Man yang menyedari hakikat itu segera menghambat sang burung. Habis keliling bilik Iron Man menghambatnya, namun burung itu sungguh lincah! Cuma dek kerana terlalu lincah, beberapa kali ia melanggar dinding, sambil Tedi memegang kepala Tedi kerana berasakan kepala Tedi yang menghentam dinding.
Akhirnya, setelah 7 minit pertarungan sengit di antara Iron Man dan sang burung, ia dapat dicekup. Tak sia-sia ada Iron Man.
Tatkala Iron Man mahu menghabiskan riwayat sang burung, kepala otak Tedi mencetuskan satu fikiran dengan sepantas kilat, disertai flashback imej-imej burung yang di luar jendela tadi! Tedi menghalang Iron Man daripada membunuh burung yang tak berdosa, dan memaklumkannya bahawa mungkin burung itu sedang berada dalam kesesatan.
Iron Man akur.
Selepas Tedi ambil gambar burung itu sebagai balasan di atas kerosakan yang dilakukannya, Iron Man melepaskan sang burung ke luar jendela. Sang burung terbang bebas bernyanyi-nyanyi.
Owh, Tedi gembira melihat burung itu gembira.
Namun, cerita ini sad ending, kerana bila Tedi intai dan intip, pasangan burung itu sudah tiada di luar jendela...
Owh, so sad...
P/S: Maaflah kerana tak letak tajuk "Iron Man kejar burung" sebab takut kawan2 tak percaya lak nanti.. hehe.
20130626
~20130626~
Sinopsis: karangan ini adalah mengenai pengalaman kami mengejar dan menangkap seekor burung yang sesat masu ke dalam rumah pada suatu pagi ketika kami sedang bersiap untuk keluar rumah bekerja dn belajar.
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
4 Ulasan
dasyat betul iron man tu ya tedi.. hihi.. comel burung tu.. kasihan dia tinggal seekor tanpa pasangannya..
BalasPadamIron Man memang dahsyat... tu belum lagi beliau guna senjata beliau iaitu seekor steam iron berjenama Tefal!
BalasPadamha'ah la, tapi Tedi sebenarnya kesiankan pasangannya itu kerana beliau pasti menyangka dirinya ditinggalkan begitu sahaja.
macam 2 tedi ni.. "iron man" itu sepantas kilat :)
BalasPadamKak Hana Hadi: mestilah sepantas kilat, hehehe.
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.