Sesiapa pun pernah menangis, seekor Tedi pun tak mustahil untuk menangis.
Tidak salah untuk menangis jika kena tempatnya. Menangis yang benar, akan melembutkan hati. Menangis kerana cintakan dunia hanya membawa sengsara.
Beza yang jelas dapat dilihat di antara tangisan ketika sujud menyembah Allah subhanahu wa ta'ala, atau tangisan ketika menonton cerita cinta hindustan.
Tuhan
Tedi pernah menangis
Apabila terkenangkan dosa-dosa lalu
TuhanTedi pernah menangis
Apabila terkenangkan perjuangan, kesusahan, ketabahan Rasul-Mu
Tuhan
Tedi pernah menangis
Apabila terkenangkan pengorbanan mereka yang Tedi kasihi
Sama ada mereka ahli keluarga atau saudara satu aqidah
Tuhan
Tedi pernah menangis
Apabila terfikirkan ajal yang sudah pasti tapi tak tentu
Tuhan
Tedi mahu menangis
Menangis selalu menagis semahu-mahu
Bukan semata menangis kerana mahu
Tapi menangis kerana Rahmat-Mu
Tuhan
Tedi telah lama tidak menangis
Adakah kerana kurang ilmu?
Atau kerana hati yang membeku?
Tuhan
Tedi pernah menangis
Tedi ingin menangis
Semoga tangisan itu bisa memadam api neraka-Mu
Ampunkan Tedi wahai Tuhan
Dan kini Tedi terasa nak menangis kerana tak siap kerja sekolah. Tiada siapa untuk dipersalahkan kerana Tedi telah diberi ruang & peluang, jika masih tak kesampaian, itu kesilapan Tedi dalam melaksanakan.
20130603
4 Ulasan
kekadang menangis tetapi air mata xkuar..huhu
BalasPadamwah, menangis dlm hati ka?
BalasPadamBlog tedi sama tema penulisannya dengan blog saya, saya cube mengetengahkan tema nasihat yang kebanyakkannya orang kurang gemar.
BalasPadamSaya cuba memahami agama ini dan berkongsi, saya bukanlah ahli agama, tetapi saya cuba untuk berkongsi melalui apa yang sy belajar...Insyaallah
hehe, ini la yg selalu manusia salah faham. blog Tedi ni adalah 1 diari yg Tedi main conteng jer apa Tedi nak.
BalasPadamKalau ada unsur2 nasihat tu, itu adalah nasihat buat diri Tedi, kalau ada unsur2 memujuk tu, itu pun buat diri Tedi. :)
Cuma kalau bab bacaan luar yg Tedi baca tu, Tedi share sekali la, mana tau kaum manusia sudi baca pandangan Tedi yang daif ini. :)
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.