Gambar seekor beruang panda di tepi pantai.

Buntu
Apabila hadirnya ia
Tak tahu nak buat apa

Menyerah?
Tidak pernah ada pilihan untuk menyerah
Kerana kita hidup bukan sendiri-sendiri sahaja

Teruskan?
Itu sahaja pilihan yang ada
Pilihan yang kadang-kadang bukan pilihan kerana sifatnya memaksa

Teruskan?
Memang Tedi mahu teruskan
Masalahnya teruskan dengan apa?
Masalahnya teruskan dengan cara apa?

Buntu
Tedi mengerti dan fahami
Waktu ini Tedi rajin ingati Illahi Rabbi

Mengerti
Ketika menginjaki destinasi
Melepasi halangan diberi
Betapa indah perancangan Illahi


Ermmm, tiba-tiba berangan nak jadi sasterawan negara pula.
20130603