Seorang artis dikutuk peminat kerana melakukan aksi-aksi yang tidak sepatutnya dilakukan oleh muslimah bertudung.
“Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang MUSLIMAH YANG MASIH LAGI DALAM PROSES MENCARI KEMILAU CAHAYA ISLAM SEBENAR, BERUSAHA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH, tapi BUKAN bermaksud aku adalah MANUSIA SEMPURNA. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari REDHA ALLAH SWT…”Hutang gambar: http://www.suhainisaperan.com/ |
Berasap telinga Tedi mendengar kenyataan itu dari corong radio.
Apa? Muslimah bertudung jer tak boleh buat aksi2 kurang sopan tu?
Maksudnya muslimah tak bertudung boleh la buat apa yang dia nak?
Ini adalah mentaliti yang sungguh sesat (literally). Sepatutnya kalau mengaku muslim patut patuh kepada apa yang dilarang & apa yang disuruh, tidak berdasarkan kepada pemakaian seseorang.
Mungkin si pengucap nak kata "kalau bertudung tu patutnya akhlak lebih elok lagi", tapi ucapannya itu akan ditafsir sebagai "kalau bertudung jer tak boleh buat".
Pemakaian stoking tangan
Cukupla tu Tedi mengarut, ini satu foto yang sungguh bagus untuk dikongsi, terjumpa lak tadi...
"Tidak lengkap bertudung labuh jika tidak memakai stoking tangan , Hutang gambar: Harith Faisal: Muslimah, Kamu Selalu Abaikan Auratmu Yang Itu. |
Di atas ni gambar seorang gadis bertudung labuh berwarna hijau yang sedang mencium haruman daripada sejambak bunga yang Tedi petik dari kiriman bertajuk "Here I am Today, super bahagia!" Mengisahkan mengenai perasaan bersyukur seorang kakak kepada Allah yang meneguhkan hatinya dalam menempuh pejuangan.
3 Jun 2013
2 Ulasan
Sempurna sangat jauh daripada PC..namun setiap masa PC sentiasa berusaha belajar dan perbaikit diri..untuk satu kehidupan abadi nanti.
BalasPadamBeza Allah dan makhluk-Nya, Dia melihat usaha, manakala manusia fokus kepada hasil. Jangan berputus asa, sedikit di sisi manusia mungkin banyak di sisi Allah.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.