"Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Tedi siapkan kiriman ini. Ayat-ayat cintanya dah lama Tedi karang, tapi terpaksa diperukkan dalam draft sementara Tedi memaksa diri Tedi ini untuk merajinkan diri edit gambar yang ada." - Tedi yang comel.
Buffet pun, buffetlah, asalkan dapat berbuka puasa bersama di Putrajaya.
- Sebelum ni Master pernah meminta bantuan Tedi untuk mencari lokasi sesuai untuk berbuka puasa secara ala-carte di Putrajaya.
- Tapi Tedi memang tak ketemu, tambahan Tedi sibuk dengan kerja sekolah yang menimbun.
- Akhirnya Master setuju juga untuk adakan majlis berbuka secara buffet.
- Kali ini kawan-kawan Master yang uruskan. Mereka jumpa dua tempat yang sesuai iaitu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Kelab Tasik Putrajaya. Yang kedua tu Tedi tak berapa pasti, tapi ada kena-mengena dengan tasik.
- Akhirnya mereka memilih untuk berbuka (iftar) di PICC.
- Dipendekkan cerita, majlis iftar itu berlangsung petang Sabtu lalu (20 Julai 2013). Kami sampai di PICC dalam jam 6.30 petang. Letak kereta di tempat letak kereta bawah tanah (Basement 1) di Zon Hijau. Ini adalah untuk mendekatkan kami dengan lif yang terhampir dengan Eden Catering.
- Tapi Master dan Mommy tak terus naik lif, kami berlegar di luar dahulu, mengelilingi PICC untuk melihat pemandangan Putrajaya yang diselubungi jerebu.
- Tedi lihat PICC ni macam tak terjaga dan keretakan merata. Pada bangunan segah inipun boleh jadi macam tu, apatah lagi pada projek-projek oleh kontraktor Kelas F di luar bandar?
- Tengok saja Terengganu, berapa kali mahu runtuh?
- Kalau di luar negara, memang "kena" syarikat yang membina bangunan runtuh itu, akan disumbat pengurusnya ke dalam penjara.
- Di Jepun lagi hebat, mereka akan letak jawatan jika tidak membunuh diri!
- Di Malaysia yang tercinta ini, ayat klise "siasatan akan dijalankan" pasti diberi, kemudian sampai bila pun tak dapat hasil siasatan.
- Mungkin hasilnya ada, cuma Tedi je tak tahu sebab tak dihebahkan dalam suratkhabar atau Buletin Utama.
- Selepas melihat keadaan sekeliling, kami menyusup masuk ke dalam PICC melalui lobi aras Mezzanine (betul tak Tedi eja ni?). Kemudian kami naik escalator untuk turun ke aras Concourse. Selesai mendarat daripada escalator, Eden Catering ada di sebelah kanan kami (sejauh beberapa puluh langkah). Tiada papan tanda, cuma kelihatan ramai orang di sana dengan banner di beberapa tempat.
- Tapi kami tak ke sana, sebaliknya kami ke sebuah taman dalam PICC. Saja nak melawat haiwan2 di sana. Tedi syak taman ini bukanlah kawasan untuk orang ramai berehat, sebaliknya disediakan untuk penagih rokoh membakar rokok mereka di situ, memandangkan kawasan itu adalah kawasan open-air, iaitu kawasan yang tiada berbumbung.
- Ada macam-macam haiwan di sana yang kebanyakannya burung atau unggas. Sempat juga Tedi tangkap gambar seekor burung yang awesome.
Awesome kan burung ni? Tapi pelik lak Tedi sebab dia ni malas nak terbang. Puasa kot? |
- Kemudian kami bergegaslah ke kawasan kejadian, berjumpa kawan-kawan Master, ambil sebanyak mungkin makanan yang ada dan nampak sedap di mata serta harum baunya di hidung.
- Ada dua tempat makan iaitu di kawasan yang ada pendingin hawa dan juga kawasan open-air. Kami duduk di kawasan yang kedua.
- Tak payah cerita pasal makanan sebab Tedi bukan blogger makanan (hakikatnya Tedi bukan seekor blogger pun). Hehehe. Gambar makanan pun Tedi tak ambil sebab Tedi bukanlah seekor pesakit jiwa.
- Harga makanan ialah RM 70 untuk dewasa dan RM 29 untuk kanak-kanak. Pastinya apa yang Master makan tidak berbaloi dengan apa yang dibayar! Kecuali kalau Master habiskan seekor kambing golek-golek tu, memang berbaloi!
- Selain itu Tedi sempat juga ambil gambar pemandangan Putrajaya.
Pemandangan tasik dan dua bangunan daripada PICC. Satu bangunan KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), manakala sebuah lagi tak dapat Tedi kenali kerana tiada kad pengenalan diri. |
Mommy sempat juga shopping baju raya yang ke berapa entah?
- Masa solat Maghrib, Mommy sempat juga shopping Baju Kurung dengan manik penuh satu baju. Khabarnya stok tahun lepas. Mereka jual di depan Eden Catering tu jer.
- Mommy beli sepasang baju dengan harga RM90! Tapi beli satu dapat percuma lagi sehelai baju, maka Mommy membuat pakatan dengan rakan sekerja Master untuk membeli baju itu. Jadi harganya turun kepada RM45.
- Kedua-dua mereka sangat gembira dengan pembelian itu yang dikatakan sangat murah.
- Berapa banyaklah baju raya Mommy ni.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.