Padan dengan muka! Kan dah kena halau!
Itulah, menyibuk singgah kawasan tak minta izin. Kawan Tedi tu pun nak juga kebebasan, perlukan juga ruang peribadi.
"Apa kes ni Tedi?"
Alkisahnya, seekor kawan Tedi yang dikenali sebagai Sang Beruang Kutub atau nama omputehnya Polar Bear telah menghalau keluar satu rombongan oleh kapal pengembaraan M/S Expedition yang kononnya hanyut ke kawasan beliau di Kepulauan Svalbard di kawasan Norwegian, di tengah jalan Lautan Arctic di antara Norway dan Kutub Utara.
Kejadian ini berlaku bulan lepas, tapi kawan Tedi ni baru je share kisah beliau ini. Almaklumlah, Beruang Kutub pun takde FB. Bukannya apa, bila letak nama Beruang Kutub, Facebook dengan selamba reject dan suruh guna nama sebenar! Nak guna nama apa lagi? Takkan nak letak nama Anuar Zain kot? Ini semua poyo!
Setelah kapten kapal itu buat tak endah dan melanggar sempadan negara Kesatuan Beruang-beruang Kutub Sedunia, maka kawan Tedi tu dengan selamba beruang telah menolak kapal itu.
Ajaibnya, kapal itu akhirnya bergerak dan beredar daripada situ. Bangga sungguh kawan Tedi tu dengan kegagahannya yang ala-ala Bear of Steel tu, kononnya nak cabar kekuasaan Tedi la tu.
Tedi saja je tak beritahu dia yang kapal tu bergerak sebab kapten kapal tu yang kemudi kerana kasihankan dia. Tedi tak sanggup melihat seekor Beruang Kutub yang gorgeous menangis, sungguh Tedi tak sanggup. Kalau Anuar Zain menangis, Tedi tak hairanlah sebab beliau tak macho macam Beruang Kutub.
Kepada Sang Beruang Kutub, anda memang cool! Tapi tolonglah jangan buat lagi, takut-takut sia-sia je jadi arwah nanti.
Kepada manusia, hormatilah kebebasan beruang. Mentang-mentang kami ni comel, gebu, dan nampak enak dimakan, korang nak buli kami yer?
Tengok sendirilah gambar-gambar yang kawan Tedi kirimkan ni, saja je Tedi letak hujung-hujung, supaya teks Tedi yang berjela tu terpaksa di-scroll-down-kan terlebih dahulu, hahaha.
Nasib baik dia halau sebab dia nak tengok bola. Kalau dia halau suruh pergi Solat Tarawikh, kan malu...
Kawan-kawan semua, sila komen, siapa lagi awesome, Tedi atau Sang Beruang Kutub. Bagi sebab sekali tau. Hehehe.
Oh ya, baca artikel ni, moga bermanfaat mengenai penderitaan mereka di Syria: http://rusukiri.blogspot.com/2013/07/nyatakan-hak-anda.html.
Sumber berita & gambar untuk teks ini asalnya dari:
- http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/news/5000994/Polar-bear-cub-Svalbard.html
20130710
10 Ulasan
garangnya kawan tedi tu.. hihi..
BalasPadamperrghhh beruang kutub boleh tolak kapal...tedi boleh?ekekeke :D
BalasPadamhaha, bestlah cerita kali ni :)
BalasPadamMizz Aiza: tu la, jangan sangka beruang comei takleh jadi garang tau.
BalasPadamKak Kenit Cinonet: hahaha.. kalau Tedi, naik je kapal tu pergi Disneyland.
Bro Zakirasli: kawan Tedi memang best... :)
comey ja beruang kutub tu. hahaha
BalasPadamNasib baik tak keluar silat.....kikii
BalasPadamberuang kutub lg ohsemm kot... hahaha !
BalasPadamKak Violet: apa dia?
BalasPadamBro Haniff Idrus: kalo kluar silat, boleh dapat pangkat Dato' kerana promote Malaysia.
Kak Teha: huh!
hebat lah kawan Tedi. hehe
BalasPadamKak Aisya: apa dia? hehehe
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.