Master minta Tedi carikan di mana tempat yang sesuai untuk berbuka di Putrajaya.
Ini adalah kerana tempat Master bekerja ingin mengadakan majlis berbuka puasa. Memang banyak tempat untuk berbuka puasa, namun syarat yang dikenakan Master agak memustahilkan carian Tedi.
Gambar Putrajaya dulu-dulu. Kononnya masa tu Tedi nak rakamkan semua foto dalam Interpretzz ni. Tapi itu dululah, ternyata Tedi bukan peng-upload tegar. interpretZZ: Putrajaya, Malaysia. |
Master mahukan tempat makan yang sediakan hidangan makan ala-carte dan bukannya buffet. Ini adalah langkah syarikat beliau untuk tidak menyokong pembaziran di bulan Ramadhan oleh hotel-hotel atau penyedia makanan.
Selain itu, tempat makan itu perlulah ada surau atau tempat solat yang selesa.
Jenuhlah Tedi cari. Jumpalah review di "Berbuka di Umai's Cafe Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya" mengenai Umai Cafe, tapi bila rujuk ke FB Umai Cafe, promosi buffet pula untuk tahun ini.
Selepas itu jumpa pula review mengenai Selera Laman Perdana bertajuk "Berbuka di Laman Perdana Putrajaya", tapi bila cari laman web rasmi atau FB Selera Laman Perdana, memang tak jumpa maklumat yang relevan.
Tiada tempat lain yang Tedi jumpa, maka Tedi give up.
"Master carilah sendiri. Tedi ada kerja sekolah."Kemudian Master mengalah dan review Umai Cafe, menunya semua masakan Melayu, mungkin akan ada yang tak berapa selera menghadapnya.
"Tak kisahlah Master, Tedi betul-betul ada kerja sekolah ni. Master carilah mana yang sesuai."
20130717
4 Ulasan
sekarang ni banyak tempat buffet.. lebih mudah gamaknya bagi dorang..
BalasPadammaafler sebab akak tak dok kat area tu.. jauh dari rumah ;)
I ada di Melaka...
BalasPadamKalau nak tempat macam tu tak ler pergi hotel..tapi kena pergi restoran besar
akak lagi lah tak brape tahu area situ..huhu
BalasPadamKak Aiza: tu la, yg tahun lepas ala-carte pun dah jadi buffet. Nak ala-carte kena makan atas river cruise tu la kot... hehe
BalasPadamBro Haniff: Cari restoran, xde lak promosi dlm website ke, FB ke...
Kak Latifah: kalau tahu area lain, ok je, asalkan dalam Selangor & bukan dlm KL. Hehehe.
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.