Akhirnya setelah 8 musim bersama Felda United FC, berjaya dapat Top 3 dalam Liga Super Malaysia.

Artikel ini adalah berkaitan dengan permainan komputer Football Manager. Jika anda tiada pengetahuan mengenainya, kiriman ini mungkin tidak berguna sama sekali kepada anda.

gambar kulit permainan komputer Football Manager

 

Komen pra-musim 2021.


Musim 2020 merupakan tahun dukacita di mana Felda United terhumban hampir ke dasar kedudukan liga. Felda United kelihatan tidak kental bertahan dan kelam-kabut apabila ditentang oleh musuh dengan formasi 4-1-2-1-2.

Rumusan untuk musim 2021.


Musim 2021 telah berakhir & ajaibnya Felda United berjaya duduk di tangga ke-3.

Hal ini mengejutkan ramai pihak kerana bajet Felda United sungguh terhad. Kami tidak membeli pemain melainkan melalui perpindahan percuma sahaja. Selain itu Tedi turut menggunakan ramai pemain muda yang dibentuk melalui akademi kelab yang tak berapa ok tu.

Dah berulangkali Tedi minta lembaga pengarah supaya majukan akademi kelab, namun mereka enggan. Mereka kata akademi dah cukup ok untuk Liga Malaysia. Selain itu mereka prefer Tedi cari pemain luar & beli, berbanding develop pemain baru.

Cakap senang la, bajet beli pemain & bajet gaji, bagi ciput je, macam mana Tedi nak tarilk pemain best? Pemain Malaysia ni baru power sikit dah demand. Baru skor sebijik dua, dah mintak naik gaji. Hasilnya Tedi jual je mana-mana pemain sebegitu. Tak kira lah dia sehebat mana pun, kalau kurang ajar, Tedi tendang keluar.

Hasilnya? Tedi terpaksa guna barisan pemain-pemain muda & nampaknya mereka meningkat dengan cepat. Gaji pun murah je, dan Tedi ikat mereka 5 tahun. Andai kata mereka perform & jadi star, Tedi boleh jual dengan harga yang mahal. Tapi kalau mereka tak perform, Tedi tak rugi sebab gaji murah.

Tedi tak pasti apa punca persembahan hebat Felda United pada 2021 ni.

Cuma perubahan drastik yang Tedi lakukan adalah bermain hantaran terus ke hadapan, gunakan sayap, & bermain kasar. 3 taktik ini penting bagi Tedi sebab pemain2 kami tiada kemahiran yang tinggi, maka kami perlu bermain secara direct. Selain itu Tedi memaksa mereka melakukan serangan balas pantas, tiada lagi gentel-gentel bola. Tedi juga semakin agresif apabila mengamalkan taktik menyerang apabila ketinggalan, & nampaknya berhasil.

Rentak permainan juga telah Tedi perlahankan supaya para pemain Tedi yang biasa-biasa je tu takkan keletihan. Walau bagaimana pun dengan hantaran bola terus ke hadapan & juga serangan balas, bola dapat dihantar terus ke kawasan pihak lawan berbanding sebelum ini.

Selain itu Tedi tidak lagi menyuruh para pemain untuk man marking, sebaliknya halang bola walau siapa yang bawa. Man marking ini lebih sesuai kepada pemain yang handal, sedangkan para pemain Felda United 2021 tak hebat mana pun dalam marking.

Latihan.


Di sektor latihan pula, Tedi mula fokus kepada kemahiran individu, manakala dalam latihan kumpulan, Tedi fokus kepada set-piece.

Penasihat.


Tedi juga telah menukar penasihat taktikal daripada Sharizan Sahari kepada Mohd Baser Mohd Napae (serangan) dan juga Muniandy Almurugom (bertahan). Bagus mereka ni, cuma pemain yang mereka cadangkan selalunya keletihan. Terpaksalah Tedi periksa seorang demi seorang.

Barisan pemain baru yang meningkat naik.


Ramai. Tedi tak larat nak senaraikan. Namun ada beberapa nama yang sungguh mengejutkan kerana tiba-tiba sahaja mereka melebihi kemampuan pemain senior. Seolah-olah mereka ni sungguh berbakat.

  • Akmal Rizal Abu Bakar, 19 tahun
    • pertahanan tengah terhad. 
    • Amat hebat di udara & selalu jaringkan gol ketika sepakan sudut. 
    • Salah seorang penyumbang gol pada musim 2021. 
    • Pemain keluaran akademi & baru diserapkan ke skuad utama pada 2019. 
    • Telah dipanggil ke Harimau Malaya pada 2020 dan terus jaringkan gol. 
    • Sedang diintai Harimau Muda.



  • Shibdas Sharma, 17 tahun
    • penyerang. 
    • Wow, Tedi terkejut melihat aksinya. 
    • Shibdas tak sepatutnya masuk ke skuad utama, namun kecederaan pemain senior telah membuka peluang kepadanya, lebih-lebih lagi apabila dia berterusan menjaringkan gol!. 
    • Dia mempunyai kemahiran dribble yang baik, mungkin terbaik dalam skuad Felda United 2021. 
    • Persembahannya itu memaksa Tedi senaraikan dia dalam skuad utama, dan dia sumbat 9 gol dalam 18 permainan & telah 2 kali jadi MoM. Pening juga macam ni, mesti pemain senior bising nanti ni. 
    • Masalahnya sekarang ni kontrak dia adalah kontrak pemain muda & boleh disambar skuad lain pada bila-bila masa. 
    • Sedang diintai oleh Sarawak FA.



  • Randeep Singh, 18 tahun
    • pemain tengah. 
    • Felda United memang kekurangan pemain tengah. Dalam 7 musim sebelum ni kami hanya bergantung kepada Sivanesan Shanmugan yang kini berusia 30 tahun. Ketika inilah Baser Napae nasihatkan Tedi untuk memasukkan Radeep, pemain daripada akademi. 
    • Radeep ini tidaklah hebat sangat, cuma kini dah nampak dia mula menuju ke arah seorang playmaker. 
    • Hantarannya simple tapi tepat kepada penyerang, walaupun dia berada jauh ke bawah. 
    • Gaya permainannya mungkin seperti Piya (Kelantan FA 2013). Tedi menantikan dia improve dan gantikan Sivanesan.



  • Mohd Saiful Mohd Yusoff, 18 tahun
    • penjaga gol yang berani & selalu berada di posisi yang betul. 
    • Tak konsisten dia ni, tapi dia cepat improve.


Penutup


Musim 2021 telah ditutup dan fokus seterusnya kepada Piala Malaysia 2021. Taktikal sama akan digunakan. Musim depan mungkin akan lebih mencabar tambahan Selangor, Harimau Muda dan Sarawak berlumba-lumba mendapatkan ayam tambatan Felda United.


20130701