Salah satu mutiara kata yang terngiang-ngiang di telinga Tedi.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan tokoh agama yang hebat. Namun hanya kerana politik, ramai yang memperlekehkan keilmuan beliau.
Tedi lebih kenali Nik Aziz sebagai tokoh agama. Bacaan Tedi berkaitannya pun fokus kepada agama. Ternyata beliau punyai ilmu yang mendalam. Tedi pernah mengikuti tulisan beliau mengenai kisah para Nabi yang ternyata begitu mendalam.
Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Salah satu mutiara kata beliau yang Tedi selalu terfikirkan ialah, "Hati itu umpama gelas".
Ayat itu sungguh ringkas, sekali baca memang tiada apa yang boleh difahami. Adakah maksud beliau hati itu rapuh seperti gelas? Atau hati jernis seperti gelas? Atau hati itu kosong seperti gelas dan perlu diisi?
Ternyata semua telahan Tedi itu tidak mengena.
Nik Aziz menyatakan, "Hati itu seperti gelas. Apa yang tumpah daripadanya adalah apa yang kita isi."
Sungguh benar kata-kata itu. Kalau dalam hati diisi dengan keikhlasan, maka yang tumpah (terlihat) daripada peribadi manusia ialah sikap yang ikhlas. Mungkin dia akan menjadi seorang yang tak banyak merungut dan tak pernah menunjuk-nunjuk akan apa yang dilakukann.
Ini boleh menjadi hujah kepada mereka yang selalu memberi hujah, "perangai buruk tapi hati baik" dan selalu menunjuk kepada mereka yang "perangai baik tapi hati buruk" sebagai alasan untuk mereka terus berperangai buruk.
Daripada kata, "Hati itu umpama gelas", Tedi simpulkan bahawa apabila hati baik, maka perangai akan juga baik. Kalau seseorang itu nampak baik namun ada perbuatannya yang buruk, maka itu juga tanda hatinya tetap buruk. Apatah lagi mereka yang mengaku hati baik tatkala berperangai buruk.
Manusia jangan jadikan ini sebagai hujah untuk menghukum orang lain, namun jadikan ia teladan sebagai dorongan untuk kita perbaiki hati dan akhlak kita.
Jika air sirap diisi dalam gelas, air siraplah yang akan melimpah.
Betapa hebat seorang guru, dengan kata-kata yang ringkas, ada banyak yang boleh manusia terjemahkan.
18 Julai 2013
9 Ulasan
Kenit juga kagumi beliau sebagai seorang ulama. Terima kasih atas perkongsian ini Tedi.
BalasPadamSesungguhnya, kata2 dari seorang yang mempunyai ilmu tinggi dan nilai peribadi yang mulia layak diangkat sebagai mutiara kata, tui dop?
Kak Kenit: dah kata2 dia tu mmg mutiara, xyah wat mutiara kata dah, hehe.
BalasPadamSuka baca entri ni..ye, hati kita umpama gelas, apa yg terzahir, itulah yg ada dlm hati kita.
BalasPadamSaya sayang tok guru nik aziz. jika ketiadaannya seperti hilang sesuatu yang terlalu berharga.
BalasPadamKak Teena: betul kan?
BalasPadamKak Noraini: minta2 jika kehilangannya, akan digantikan dengan generasi yg hebat sepertinya.
klu dikatakan tok guru jgn terlalu mengata yg tiada kaitan dgn soal agama, tapi menolak segala tohmahan yg dibuat olih penganut ugama lain tentang islam, dan berjuang utk menegakkan kebenaran ajaran islam mengikut Hadis dan Al'Quran, dari Ahli Sunnah Wal al Jemaah.
BalasPadamalamak, tak faham lak walaupun dah fikir banyak kali. Adakah maksud bro Hafis kalau berbual pasal Nik Aziz jgn tengok dia dari sisi yg x relate dgn agama? (susah xnak relate kehidupan Nik Aziz tanpa relate agama sebab kehidupan dlm agama).
PadamYg menolak tohmahan & tegakkan kebenaran tu adakah merujuk kepada beliau atau utk kita sendiri sama2 amalkan?
ya betul tu....apa saja itu adalah ad-din
PadamSayang sekali apabila PAS mengkafirkan UMNO, maka berderailah hati yang seumpama gelas seluruh umat Islam yang lain..:(
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.