Ramai pula yang bertanya tentang penggunaan petrol Proton SAGA BLM.
- Tedi rasa bersalah pula sebab lambat mengirimkan jawapan yang berkenaan.
- Kajian kali ini fokus kepada penggunaan purata petrol oleh kereta Mommy, Proton SAGA BLM 1.3MT (Transmisi Manual).
- Laporan kali ini berdasarkan data tahun lepas, data terkini Tedi masih tak masukkan lagi. Log dah banyak, tapi Tedi malas la pula nak buat kira-kira.
- Log adalah melalui laman web Fuelly.com seperti yang Tedi pernah cerita dalam kiriman bertajuk, "Laman web: fuelly.com rekod penggunaan bahan api kenderaan".
- Banyak lagi model kenderaan di sana untuk kawan-kawan jelajahi.
- Kajian ini tentunya berdasarkan gaya pemanduan Master:
- Purata 80KM/J.
- Brek beransur-ansur dari jarak jauh.
- Memandangkan kajian ini adalah berdasarkan purata, Tedi abaikan faktor-faktor seperti:
- beban
- perbezaan pecutan
- perbezaan jalan (jalan bandar, jalan kampung, lebuhraya)
- jenama petrol (tapi setakat ni Tedi dapati tiada beza, cuma data tak banyak untuk Tedi release)
- jenis petrol (tapi Tedi dapati setakat ni RON97 & RON95 tak menyumbang kepada jarak perjalanan, sama je, cuma RON97 akan sebabkan hampir 50% peningkatan kos!)
Keputusan Kajian:
Tedi print-screen je lah keputusan, lagi cantik rupanya, hehehe.
Penggunaan Petrol oleh Proton SAGA BLM 1.3MT: Purata: 7.1 Liter / 100 kilometer Minimum: 5.9 Liter / 100 kilometer Kos: RM 0.129 setiap kilometer |
Kiriman Tedi yang berkaitan:
- Kajian: Penggunaan petrol Proton Saga BLM 1.3M Mid-line; kajian ini merumuskan penggunaan petrol pada 3-bar yang pertama.
- Prestasi merosot; menyentuh mengenai peningkatan penggunaan petrol pada kelajuan melebihi kelajuan biasa.
penggunaan petrol blm
24 Julai 2013
11 Ulasan
perrghhh! tera la tedi..siap buat survey lagi. Nak beli ke saga blm ni tedi? :D
BalasPadamThanks 4 sharing..nk try jugak la utk keta i.. ;p
BalasPadamrajin tedi buat kajian.. memang jimat juga ya..
BalasPadamrajin buat kajian pastu share kat kengkawan hasil kajian tu.. ;)
BalasPadamKak Kenit: kereta Mommy tu, sebab tu Tedi kaji kereta ni je, tapi kalau ikut Fuelly, Hybrid lagi jimat. Tapi harga keretanya mahal, hehehe.
BalasPadamKak Secretary: sila cuba ya.. memang leceh nak isi data, tapi bila tengok result, memang awesome!
Kak Aiza: sebab kereta Mommy tak canggih, kena kira sendiri. Kalau Persona & Preve, Tedi rasa meter dia dh ada kira purata guna petrol.
Kak Aizamia3: ada kawan tanya, maka Tedi share la. Lagipun ini yg Tedi minat, hehe.
data yg tedi ambik tu untuk tempoh berapa lama eh? sepanjang tahun 2013 ye?
BalasPadamKak Aisya:
BalasPadamyang ni untuk tahun 2012 hingga Jan 2013. Bulan 12 & Jan tu sibuk angkat barang, mungkin sebab tu penggunaan petrol meningkat.
Tedi jangka tahun 2013 ni akan lebih meningkat sebab Master pecut habis2an. Tak drive 80km/j dah..
klau guna kereta jenis manual mmg jimat minyak.. psai pa hah??
BalasPadamBro Zakirasli: sebab kawal masuk gear tu manusia sendiri. Kalau auto, dia ikut setting dia, entah2 lambat masuk gear.. Kalau manusia, main tukar je, ikut suka sendiri, hehehe.
BalasPadamTerbaiklah Tedi. Dulu LeYa pakai Saga BLM pun xpernah buat kajian macam ni..
BalasPadamwah dah tukar kereta la tu... terpaksalah... kereta moden tak perlu la kot sebab dah ada rekod digital.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.