Pertama kali Master bawa kami ke Seremban 2.
AEON Jusco Seremban 2 |
Mommy mahu membeli-belah di AEON. Tapi kalau boleh tak mahu masuk ke Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya kerana Master menjangkakan kesesakan lalu lintas bakal berlaku.
Setelah di-Google-Map, Tedi mendapati bahawa AEON Seremban 2 boleh dituju kerana jaraknya lebih kurang macam ke Kuala Lumpur juga.
Google Map yang baru Tedi update dalam tablet Google Nexus 7 milik Tedi ni nampaknya sudah ada tambahan Google Navigation versi beta. Kali ini ada pilihan jalan alternatif dan disertakan juga petunjuk kesesakan trafik seperti dalam Google Map versi web.
Bertolak ke tempat sasaran melalui Lebuhraya Utara Selatan. Seperti biasa, laluan di Nilai mesti sesak. Kami menempuh 30 minit tempoh perjalanan sebelum sampai ke destinasi. Tempat letak kereta di atas bumbung ternyata masih lengang, membolehkan kami meletakkan kereta di pintu masuk ke AEON.
Dari PLUS, keluar di tol Seremban, selepas tol terus ke kanan (jika dari Kuala Lumpur).
Sampai sana, dipendekkan cerita Mommy beli baju. Master pula terserempak dengan kawan lama, berbual-bual. Tedi pula pergi cari televisyen, tonton cerita hantu. Tak seram langsung cerita tu. Yang seramnya apabila makcik jaga AEON tu duk tenung Tedi.
Selepas habis cerita hantu, Tedi tonton cerita bolasepak pula, memang marvellous la cara mereka main, macam menari-nari di atas padang. Pemain Malaysia pula main macam tunggul kayu - keras dan kaku. Tedi kelih lagi dan makcik jaga masih tenung Tedi. Apa pun tak boleh!
Habis membeli-belah, Mommy pun bayar, dan Master bawalah keluar secepat mungkin. Sampai di pintu keluar, alarm berbunyi. Master pun ditahan oleh pakcik jaga. Pakcik jaga meminta agar barangan Master dapat diperiksa.
"Biasalah ni, ada detector yang tak ditanggalkan. Tiada apa-apa." - pakcik jaga AEON.
Setelah beliau menjumpai alat yang dimaksudkan, beliau meminta Mommy membawa baju yang terlekat alatan itu ke kaunter bayaran berhampiran supaya dapat ditanggalkan.
"Alat ni kena tanggal guna peralatan dia. Kalau tanggalkan sendiri di rumah, memang akan rosaklah baju" - pakcik jaga AEON.
Setelah semuanya selesai, Mommy ajak redeem voucher pula. Dapatlah beli set comforter berharga RM 80 sahaja.
Bayar letak kereta pun tak mahal, cuma RM 1.00 sahaja jika ada kad keahlian AEON.
Ketika balik, tak jumpa pula simpang turun ke Lebuhraya Utara Selatan hala Kuala Lumpur. Akhirnya kami masuk ke Seremban dan hala ke Lebuhraya Kajang-Seremban. Memang tak lalu dah jalan tu lepas ni sebab kena tempuh kawasan bandar dan juga jaraknya jauh.
Mungkin lepas ni kena cuba jalan negeri pula.
28 Julai 2013
5 Ulasan
wah shopping raya... bestnye... hehehe..
BalasPadamtedi tak shopping sekali ke cari baju raya? hikhik
BalasPadamBro Fariz: follow Mommy & Master je.
BalasPadamKak Aisya: Tedi cukup dengan apa yg ada... hehe
Shopping bertiga je ke? Hehe untung laa. Awat tak beli baju sekali?
BalasPadambaju Tedi dah ada dah... seluar je takde... hehehe... ha'ah, bertiga sahaja..
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.