Memburu Lycan untuk 47 mata.

Hari ini Tedi saja-saja sertai tourney The Full Moon. Tourney ini pada asasnya memerlukan kemahiran menangkap Lycan untuk mendapat mata.

Maklumat lanjut mengenai Lycan Mouse.

Lycan Mouse - pada mulanya merupakan seekor tikus yang pasif, namun berubah menjadi ganas dan digeruni MouseHunter apabila malam menjelma. Keju paling sesuai untuk mengumpannya adalah Moon Cheese.
Lycan Mouse lemah kepada perangkap berjenis Shadow namun itu tidak bermakna dia mudah ditangkap.
Ia berkeliaran di kawasan hutan gelap dan juga perkuburan. Jika berjaya ditangkap, sumpahan ke atasnya boleh dihapuskan dan rahsia asal-usulnya mungkin diperolehi.


Senarai Tikus yang mempunyai mata dalam tourney The Full Moon:


  1. 4 mata
    1. Bat Mouse
    2. Ghost Mouse
    3. Mummy Mouse
    4. Ravenous Zombie Mouse
    5. Zombie Mouse
  2. 7 mata
    1. Vampire Mouse
    2. Scavenger Mouse
    3. Sorcerer Mouse
  3. 47 mata
    1. Lycan Mouse

Lokasi sesuai untuk tourney The Full Moon:

  • Lycan berada di Mousoleum, Catacombs dan Forbidden Garden.
  • Kali ini Tedi memburu di Catacombs pada awalnya dengan umpan Moon Cheese.
  • Namun setup ini membuatkan Tedi tercicir jauh.
  • Ramai MouseHunter yang berada dalam senarai teratas ranking tourney ini memburu di Mousoleum menggunakan perangkap berjenis Shadow dan juga tangkal Ancient.
20130723