Tedi dah agak dah yang BN akan menang punya.
Sebelum ni Tedi dah cakap (taip) yang BN akan menang dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut (N01).
Ternyata telahan Tedi itu betul, hehehe. Boleh agak dah pola pengundian di Malaysia ni, asalkan PRK jer, mesti nak setara dengan Kerajaan Persekutuan. Kalau kubu kuat pembangkang pun, Tedi rasa boleh goyah dibuatnya.
Tengku Zaihan Che Ku Rahman (BN) - 8,288 undi. Azlan Yusof (PAS) - 5,696 undi. Majoriti - 2,592 undi. ASTRO Awani: 79.78 per cent cast votes in Kuala Besut. |
Kini Kuala Besut akan kembali aman dan mungkin kembali sepi. Tunggu saja janji-janji pilihanraya itu dilaksanakan. Beruntung rakyat Kuala Besut, giliran siapa selepas ini? Wakil rakyat sepatutnya menginsafi Kuala Besut dengan mesej, "Bila-bila masa boleh mati, bekerjalah dengan baik."
Nampak gayanya, bolehlah Tedi teruskan jadi penganalisis politik lepas ni, kan? Baru sekali je serkap jarang mengena dah nak berlagak, lol.
Mengenai pilihanraya ni, Tedi geli hati dengan isu dakwat kekal. Macam-macam kerenah. Seolah-olah rakyat Malaysia ni budak sekolah rendah.
Dakwat yang dicelup ternyata tidak kekal dan pembangkang dipersalahkan kerana meminta penggunaan dakwat tersebut. |
Tapi yang paling Tedi tak tahan apabila ada yang menyalahkan pembangkang yang meminta pelaksanaan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu umumnya dan PRK Kuala Besut ini khasnya.
Tedi tak faham apabila dakwat itu ternyata tidak memenuhi spesifikasi dan skop tugas yang ditetapkan, kenapa pihak yang meminta penggunaannya disalahkan? Kenapa tidak dipersalahkan mereka yang membeli atau pihak yang membekalkan dakwat tersebut?
Seorang pakcik berserban hijau menunggang motosikal kapcai bernombor pendaftaran AAK 1549 melepasi deretan makcik-makcik yang memegang poster Barisan Nasional. |
Selepas ini khabarnya Malaysia akan gunakan sistem biometrik atau dalam bahasa lokal disebut "cap jari". Tedi menunggu, bagi Tedi, memang boleh buat, tapi kena ada fasiliti internet yang hebat terlebih dulu. Kesimpulannya, Malaysia kena sediakan perkhidmatan internet yang mantap sebelum penggunaan sistem biometrik ini. Jangan pula usung CD atau DVD yang penuh dengan rekod cap jari penduduk Malaysia.
"Tedi bukan pro-pembangkang atau pro-kerajaan. Tedi hanya menaip kata-kata."
Susah juga nak fahami maksud di sebalik karya Zunar ni... |
20130725
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.