Kajian menunjukkan dinosaur mungkin berubah gaya berjalan apabila meningkat dewasa.

Dinosaur, seperti haiwan moden, ada yang berjalan dengan 2 kaki, ada menggunakan 4 kaki, & ada juga yang berjalan dengan kedua-dua gaya.

Cuma ada sekelompok yang menukar gaya berjalan mereka semasa mereka membesar. Gamaknya dinosaur pun belajar merangkak dahulu? Perubahan daripada quadrupedal (berkaki empat) semasa remaja kepada bipedal (berkaki dua) semasa dewasa, & juga sebaliknya merupakan pengetahuan umum.

Model seekor Psittcosaurus menunjukkan ia dalam posisi seekor quadrupedal (berkaki empat). Tetapi kajian menunjukkan ia mungkin berubah kepada bipedal (berkaki dua) ketika membesar. Foto: Dave Hone.

Apa yang menarik kali ini ada penghasilan 1 laporan yang mencatatkan perubahan teliti kepada tulang seekor herbivor (maun/makan daun) yang digelar Psittcosaurus ("cicak-kenari" sempena muncungnya).

Tengkorak seekor Psittcosaurus atau "Cicak-Kenari". Rupa macam kepala burung Kenari kan?
Foto daripada "Psittacosaurus meileyingensis?"

Melalui perbandingan beberapa ekor pelbagai dinosaur, pengkaji berjaya menunjukkan bahawa dinosaur kecil biasanya mempunyai tangan yang hampir sama panjang dengan kakinya. Dinosaur besar pula mempunyai kaki yang lebih panjang daripada tangannya.

Selain saiz kaki, mereka juga melihat ciri-ciri anatomi (bentuk badan) yang menyokong postur tersebut (bipedal).

Tulang rangka Psittacosaurus sebagai seekor quadrupeds (berkaki empat).
Foto daripada "The rise (and rise) of Psittacosaurus"

Apa yang lebih menarik, mereka turut menggabungkan kajian keatas struktur mikroskopik tulang dinosaur yang membolehkan ahli paleontologi menentukan umur dinosaur & juga menentukan tulang mana yang mengalami pertumbuhan.

Berbeza dengan gegelang pada batang pokok, gegelang pada tulang dinosaur berbeza penampilannya berdasarkan kecepatan pertumbuhan tulang itu. Kebiasaannya gegelang dinosaur itu cenderung meninggalkan satu garisan ketara setiap tahun apabila pertumbuhan mereka perlahan dalam keadaan yang tidak sesuai (selalunya musim sejuk). Pengiraan gegelang ini membolehkan umur mereka dikira (dengan agakan hanya 1 musim sejuk setahun).

Penentuan usia pokok boleh dilakukan dengan mengira gegelang/lingkaran pada keratan rentas batangnya.
Foto daripada http://www.wesspur.com/tree-rings.html 

 

Gambar mikroskop tulang seekor Rusa. Tulang Dinosaur juga seperti ini. Garisan hitam di tengah dan atas menunjukkan usia haiwan.
Foto daripada "Patterns in dinosaur bones fuel a debate over whether they were warm- or cold-blooded"

Pengiraan itu menunjukkan dinosaur dengan tangan panjang bukan sahaja dinosaur kecil, tetapi juga dinosaur muda. Dinosaur yang lebih tua (selalunya 3 tahun) bersaiz lebih besar & berkaki panjang.

Corak pertumbuhan pada Psittacosaurus menunjukkan tangan-panjang mereka semakin perlahan pertumbuhannya, manakala tulang kaki mereka tumbuh dengan cepat mengikut masa.

Kajian ini amat berguna kerana berjaya menggabungkan 2 persoalan iaitu bagaimana mereka tumbuh & bila ia berlaku, menunjukkan contoh yang lebih jelas kepada manusia.

Coretan Tedi ini adalah berdasarkan kepada laporan di:

Soalan maut: Tedi dalam golongan quadrupeds atau bipeds?

Catatan diari Tedi yang berkaitan dengan Dinosaur (tak termasuk Mammoth):

 


30 Julai 2013