Akhirnya Ramadhan yang dinanti telah tiba lagi.

  • Betulkah Ramadhan ini dinanti-nantikan? Kalau tengok gaya biasa-biasa je tu, mungkin tidaklah ye?
  • Tak mengapalah, yang penting umat manusia beragama Islam di bumi Malaysia yang masih hidup ketika ini nampaknya hampir sempat menjejak Ramadhan 2013, tinggal lagi beberapa jam sahaja lagi.
  • Tedi pun malaslah nak cerita panjang sebab masih dalam mood merajuk lagi. Ada komen yang tak berjawab, mungkin nanti Tedi sambung jawapannya dalam kiriman yang lain pula.
  • Hari ini Tedi nak kongsi 1 nasyid mengenai puasa wajib Ramadhan yang didendangkan oleh munsyid yang tersohor, kumpulan Raihan. Sebenarnya ada banyak nasyid Ramadhan yang Tedi minat tapi Tedi kongsikan yang ini kerana ia sangat sesuai untuk anak-anak kecil. 
  • Niat puasa sahaja disebut banyak kali sehinggakan kita mudah hafal. Tinggal ibu bapa ataupun penjaga ataupun cikgu-cikgi sahaja untuk dedahkan pula tulisan Arab bagi niat itu.

Nasyid "Puasa Dulu Baru Raya" sangat ringkas tetapi sarat dengan pengajaran.

  • Tajuk: Puasa Dulu Baru Raya
  • Album (yang ada dalam koleksi Master): 
    • Ameen
    • Koleksi Abadi Raihan
  • Munsyid: Raihan.
Kulit album Ameen oleh kumpulan nasyid Raihan
Sumber gambar: Video Ustaz

Lirik "Puasa Dulu Baru Raya" dan sedikit pemahaman Tedi:

Nawaitu sauma ghadin an ada i fardhi ramadhana, hazihis sanati lillahi taala (2x)
Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah 
  • Niat puasa Ramadhan ini dibaca pada malam sebelum berpuasa. Ianya dibaca setiap malam, namun boleh diubahsuai kepada "Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah" pada malam pertama sebelum puasa, dengan tujuan jika kita terlupa niat sehari, maka telah ada niat sebulan.
  • Waktu niat tak kisahlah sebelum tidur atau semasa bersahur, yang penting sebelum Subuh. 
  • Niat dalam bahasa ibunda masing-masing sudah memadai, tapi kalau dalam Bahasa Arab akan lebih cool ataupun awesome! Hehehe, acah jer.
  • Terjemahan perkata (lebih bagus rujuk niat puasa Ramadhan kerana ada grafik):
    • Nawaitu = Aku berniat (untuk)
    • sauma = berpuasa
    • ghadin = esok hari
    • an ada i = untuk menunaikan
    • fardhi Ramadhana = fardhu (wajib) Bulan Ramadhan
    • hazihis sannati = tahun ini; di mana - 
      • hazihis = ini, 
      • sannati = tahun
    • lillahi ta'ala = kerana Allah Ta'ala.
Puasa ertinya menahan diri dari lapar dan dahaga
  • Perkara utama dalam berpuasa ialah kita tak boleh makan dan minum
Juga perkara yang membatalkan
  • Namun banyak lagi perkara yang kita tak boleh lakukan ketika berpuasa, yang jika dilakukan akan membatalkan puasa. Boleh baca:
  • Selain perkara yang terus-terang membatalkan puasa, ada juga perkara yang membatalkan pahala puasa contohnya mengumpat, maki-hamun, melakukan kerosakan, senang kata semua perkara tak baik perlu dihindarkan. Ironinya, semua perkara jahat ini sepatutnya kita elakkan juga di luar bulan puasa.
Dari terbit fajar sehingga Maghrib
  • Waktu berpuasa ialah:
    • Setiap hari selama sebulan dalam bulan Ramadhan, bermula daripada terbit fajar (waktu solat Subuh) sehinggalah waktu terbenam matahari (solat Maghrib)
Nawaitu sauma ghadin an ada i fardhi ramadhana, hazihis sanati lillahi taala
Puasa melatih kita sabar
  • Kita "terpaksa" bersabar kerana kita perlu:
    • menahan nafsu makan dan minum
    • menahan nafsu ammarah iaitu maki-hamun, mengumpat & apa-apa ja yang tak elok.
    • tahan nafsu mata untuk melihat benda-benda tak elok, tapi rancangan televisyen je dah teruk bebenar dengan dedah aurat sana-sini.
    • banyaklah yang kita perlu sabar.
Puasa menjadikan kita sihat
  • Puasa merehatkan perut dan mengurangkan makan, sepatutnya begitulah. Tapi ramai juga yang bila berbuka macam tak jumps makanan setahun. Tak berfaedah juga kalau macam tu.
  • Daripada berdiet, eloklah berpuasa & tiru bagaimana Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam makan, "makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang"
  • Banyak penyakit berpunca daripada perut (perut yang terlalu kenyang) seperti diabetis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Tak termasuk toksin-toksin daripada makanan yang kita makan.
Puasa perlukan keikhlasan
  • Puasa kalau tak ikhlas, maka kita hanya akan dapat lapar & dahaga. Nak kata tak dapat pahala tu, tidaklah, kerana pahala itu urusan Allah subhanahu wa ta'ala.
  • Selain itu rangkap ini juga menjelaskan puasa ni susah sebenarnya, kerana berkait dengan keikhlasan. Tapi keikhlasan itu takkan hadir tanpa latihan. Puasa melatih kita untuk ikhlas.
Di dalam bulan Ramadhan
  • Puasa yang wajib kepada umat Islam ialah puasa dalam Bulan Ramadhan di mana ia merupakan Rukun Islam ke-3.
Nawaitu sauma ghadin an ada i fardhi ramadhana, hazihis sanati lillahi taala
Hendaklah kita banyak sedekah
Jangan lupa pula baca al-Quran
Juga berzikir dan berdoa
dan berselawat ke atas Nabi
  • Banyak amalan yang patut kita lakukan dalam Bulan Ramadhan ini kerana bulan ni amat istimewa.
  • Ibadah sunat yang harus dilakukan adalah:
    • bersedekah - memberi makan minum kepada mereka yang susah, ataupun bantu mereka dari segi kewangan.
    • baca al-Quran
    • berzikir - mengingati Allah subhanahu wa ta'ala & menyebut nama-Nya.
    • berselawat - memuji Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam & doakan kesejahteraan ke atas Baginda sollallahu a'laihi wassalam dan keluarga serta para sahabat.
Nawaitu sauma ghadin an ada i fardhi ramadhana, hazihis sanati lillahi taala
Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah
-----
Paling penting sebelum berhari raya
Tunaikanlah zakat dan fitrah
  • Kita harus berkongsi dengan orang susah melalui zakat. Setahu Tedi, zakat itu ada 2 iaitu yang wajib dan sunat. Yang wajib itu kita panggil zakat & yang sunat itu kita panggil sedeqah.
  • Zakat Fitrah
    • adalah zakat yang wajib ke atas diri seseorang & tanggungannya.
    • perlu dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri iaitu bermula daripada bulan Ramadhan sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri.
Agar kita dapat meraikan bersama tanpa mengira miskin dan kaya
  • Kedua-dua zakat & sedeqah ini untuk membantu orang-orang yang memerlukan, selain itu supaya mereka dapat bersama merayakan kemenangan mereka di samping menyedarkan mereka bahawa kita tidak lupakan mereka.
  • Oleh itu lebih baik Zakat Fitrah dan sedeqah ini dilaksanakan secepat mungkin supaya dapat diagih-agihkan dengan pantas, cekap dan amanah oleh mereka yang bertanggungjawab.
Kini tibalah saat yang dinanti
Hari kemenangan bagi kita
Selamat berhari raya minal aidil wal faizin
Minal aidil wal faizin minal aidil wal faizin
Minal aidil wal faizin

9 Julai 2013.