Tadi Tedi baca satu berita kurang enak mengenai Zoo Surabaya di Indonesia.


Tedi jadi marah, lalu Tedi segera mengerah si Tetot untuk menyiasat. Anehnya gambar-gambar ini pula yang Tetot serahkan kepada Tedi.

Tedi tak jadi marah.
Rizki bermain ketika kakitangan Zoo Surabaya cuba memberinya minum susu.

Sungguh comel... Rizki tidak dipedulikan ibunya.

Fikir apa tu? Kerenah Rizki tak ubah seperti manusia.

Sebelum Rizki, kakaknya bernama Damai turut diabaikan ibu mereka.

Kini dijaga oleh Unit Penjagaan Rapi Zoo Surabaya, Indonesia.

Rizki juga menangis ketika lapar!

Kadangkala, Rizki kelihatan kesepian.


Menyusukan Rizki ketika dia mengantuk memang susah.

Terpaksa dijaga apabila ibunya tak mahu susukan atau menjaganya.
Kat rumah nenek Tedi ada seekor kucing macam ni, tapi selalunya masa dia beranak kecil, ada seekor lagi ibu kucing belaan nenek yang menyusu anak akan mengangkut anak kucing itu sekali. Indah sungguh perancangan Allah.

Rizki akan dijaga selama setahun sehingga dia cukup gagah untuk berdikari.


Diet Rizki adalah susu yang dicampur pisang lenyek. Boleh cuba resepi ini di rumah ya kawan-kawan.
Berita asal dalam bahasa omputeh boleh dibaca di: "Say hello to Rizki, the tiny nappy-wearing orangutan who is hand-reared on milk and mashed banana after his mother rejected him at birth."
4 Julai 2013