Berani si Sakinah merampas kekuasaan Tedi daripada katil itu!
Perkara seperti ini tidak patut dibiarkan. Tedi perlu melakukan sesuatu agar seluruh dunia tidak memperlekehkan diri Tedi.
Namun perisik kesayangan Tedi, si Tetot telah membawa khabar yang mendukacitakan. Melalui risikan beliau, ramai kawan-kawan Tedi yang terpedaya dengan kecomelan Sakinah. Comel tang mana pun Tedi tak tahulah.
Oleh itu Tedi tidak boleh bertindak semberono dalam usaha mengusir Sakinah daripada markas Tedi itu. Jika Tedi dilihat memusuhi Sakinah, sudah tentu manusia tidak melihat Tedi sebagai beruang yang cute selepas ini. Tedi mungkin akan menjadi alasan untuk manusia menghapuskan kaum beruang di muka bumi ini.
Jadi Tedi perlukan seseorang yang sesuai untuk mengusir Sakinah dan merampas kuasa, hahaha. Tedi akan memiliki katil itu semula!
Akhirnya Tedi telah menemui insan yang luarbiasa dan sesuai untuk tugasan itu. Tedi menemuinya di MYDIN Mall USJ dan dengan bayaran kurang daripada RM10, beliau sanggup menjadi orang bawahan Tedi, hahaha.
Lihatlah dunia, Tedi akan kembali berkuasa di katil itu!
Dengan bantuan Ben 10, pastinya Tedi akan berjaya merampas katil itu semula. Sakinah sudah pasti takkan mampu menentang orang bawahan Tedi ni.
15 Julai 2013
6 Ulasan
tak elok dengki2 ni tedi.. hehe.. sakinah tu memang comel pun tedi..
BalasPadamtidak!!!!!!!!!
BalasPadamboleh percaya ke ben 10 tu.entah2 kuat ngular..hehe..btw sakinah tu mmg comeyyyy.lupakan lah misi tedi tu ye..
BalasPadamBen 10 ni power tau! Jangan memain.. dia ada jam ajaib tau...
PadamTedi tu dah mmg comel.. tak payah lah nak rampas2 kuasa ni.. hehe.. dua2nya comel..
BalasPadamMana boleh pilih dedua, kena pilih salah satu jer tau...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.