Sebelum aku mula bercerita, lebih baik kiranya aku memperkenalkan diri.
Namaku Tetot. Jeneral Tetot. Aku adalah perisik yang amat dipercayai Tedi, sekaligus menjadikan aku di antara haiwan harapan Master.
Aku adalah senior kepada Tedi, di mana kami merupakan anak didik Sifu Pogy yang terkenal itu. Malangnya sebagai senior, Tedi ternyata mempunyai bakat yang jauh mengatasiku. Kalau korang tonton Kungfu Panda, maka Tedi adalah lebih hebat daripada itu.
Skill merisik yang aku ada amat hebat. Namun minggu lalu aku hampir-hampir berputus asa. Kehilangan Tedi dan arahan Master agarku menjejakinya benar-benar membuatku buntu. Tedi bukan calang-calang dalam bab menghilangkan jejak! Dia adalah hali di dalam bidangnya. Walaupun berbadan besar dan gebu, itu tidak menghalangnya daripada menghilangkan diri dengan berkesan!
2 hari 3 malam aku cuba menjejaki Tedi. Akhirnya ku temui di satu sudut yang amat terdedah. Tedi memang sinonim dengan ungkapannya, "Tempat paling berbahaya adalah tempat paling selamat".
Dan keberhasilan aku menjejakinya itu kerana aku sudah memahami tabiatnya.
...
Aku keliru melihat Tedi kemurungan. Seolah-olah ada sesuatu yang benar-benar menggugat dirinya! Adakah dia mempunyai musuh yang mahu menghancurkan beliau?
...
Tedi memang pandai menyimpan rahsia, namun Tetot juga pandai memujuk siapa-siapa sahaja untuk membuka rahsia mereka. |
Setelah berunding 7 hari 7 malam, akhirnya Tedi memberitahu mengenai kehadiran satu objek yang menggugat keamanannya. Objek itu telah menguasai markas Tedi dan mengalihkan tumpuan Mommy daripada Tedi.
Aku segera menyiasat, dan ternyata benar akan kata-kata Tedi itu. Objek itu aku lihat bergerak bebas sesuka-suka hatinya di kawasan Tedi. Sungguh berani beliau berbuat sedemikian!
Markas Tedi telah diambil alih beliau. Ternyata objek ini bukan calang-calang. Mungkin dia dihantar ke mari untuk menggulingkan Tedi? Ini bukan masalah kecil... |
Tengok saja rupanya itu, memang benar dia ada konspirasi sulit untuk menjatuhkan Tedi. |
Objek yang dikenali sebagai Sakinah itu baru sahaja dibawa oleh Mommy ke markas Tedi ini. Tidak pasti apa yang berlaku. Apakah makna di sebalik semua ini?
Tugasku selesai di sini. Tedi telah ku temui. Namun satu misteri baru pula timbul...
Aku pasti aku akan kembali ke sini. Aku pasti Tedi akan memerlukan bantuanku.
Yang benar,
Jeneral Tetot de Great Spy of Tedi.
-- iklan --
20130708
20 Ulasan
wakakaka hampeh punye tedi :p. Tapi, cute jugak 'musuh' Tedi tu...patutla tedi tergugat!hehe :D
BalasPadamWah.tedi.dah macam cerita ajen perisik james bond 007 ni..hehe..
BalasPadamKak Kenit: Tedi asyik kena tidur atas lantai je... huhuhu... (sila baca dengan nada sebab)
BalasPadamKak Syaz: Tedi minat watak Watson pembantu Sherlock Holmes tu... hehehe
Patutla..cita2 nak jd perisik la ni..ha..mai kak syaz upah meh..jadi p.i akak..hehe :D
BalasPadamKak Syaz: maaflah kak, Tedi ni spy, bukan investigator. X sama kelas tu. Hahaha.
BalasPadamheee, entry dn gambar yg comel !
BalasPadamnampaknya tedi kena tidur beralaskan lantai yang sejuk.. kes cemburulah ni.. kihkihkih.. ;)
BalasPadamZakirasli: comel la sangat... huh! :P
BalasPadamKak Aizamia3: xper, Tedi leh tido depan tv, ada sofa + karpet lagi...
Hahaha, habislah tedi lepas ni kena buli jer...
BalasPadam:D
BalasPadamhahaha hampeh jer. lawak kot. comel jer nama watak. haha
BalasPadamShe's very cute!
BalasPadammusuh itu bukan saingan tedi.. kerana ianya terlalu comel untuk dihapuskan.. hihi.. seronok juga layan cerita tedi ni..
BalasPadamp.s: comel je akak tengok baby ni.. adik tedi ke?
salam. comelnya baby u...satu penceritaan yg menarik. BTW, abe kie follows your blog. TQ.
BalasPadamKenapa comel sgt Tedi dan Tetot ni??? Sakinah pun comel juga, rasa mcm nak gigit je pipi dia.. hehe
BalasPadamAlolo..comeynya dia...berganda comey dari Tedi..hehehe ;p
BalasPadamKak Teena: Tedi yang awesome ni takkan dibuli sesiapa tau...
BalasPadamKak Violet: comel la macam tuannya, hehe.
De Engineur: cute???
Kak Aiza: apa pulak adik Tedi tu... tu anak buah Master, Mommy culik bawak balik rumah...
Abe Kie: kalo baby Tedi, mestila seekor anak beruang yang super cute :)
Kak Secretary: hahahaha, saja la tu dengki dgn Tedi..
hehehe..musuh dy comel sgt cian si teddy =')
BalasPadamhihi comell.. mula2 baca ingtkan novel -.-''
BalasPadambtw.. follow tedi jugak :D
Tedi memang comel pun, hehehe
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.