Saja-saja cuba Bing.com tajuk kiriman sendiri
Tetapi apa yang Tedi perolehi ialah blog orang lain.
- Ego seorang lelaki merupakan salah satu kiriman Tedi yang Tedi suka sebab itu pengalaman seseorang yang rapat dengan Tedi.
- Tadi saja-saja Tedi cuba lakukan carian yang berkaitan dengan tajuk itu. Seperti biasa, tiada hasil yang merujuk kepada interpretZZ.
- Tapi ada 1 hasil carian yang menarik perhatian bukan kerana tajuknya sama, tapi ayat yang digunakan itu sangat serupa dengan gaya penulisan Tedi!
- Bangga sekejap kerana ada orang yang "menghargai" hasil karya Tedi. Karyalah sangat, hehehe. Tapi apabila Tedi lawat blog itu ternyata dia copy-paste buta-buta jer.
- Sumber pun tidak dinyatakan, itu yang buat Tedi sangat sakit hati.
- Bukan satu sahaja kiriman Tedi disalinnya, ada beberapa lagi seperti:
- Hati itu umpama gelas - pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan peribadi cerminan hati.
- Petua halau nyamuk tanpa guna racun nyamuk - Tedi mencari cara menghalau nyamuk tanpa menggunakan racun kimia.
- Ego seorang lelaki - pengalaman seseorang.
- Woolly Mammoth Yuka dipamerkan di Jepun - berkenaan pameran bangkai Mammoth bernama Yuka di negara Jepun.
- Sedih juga apabila melihat coretan Tedi dicuri sebegitu saja, tambahan kebanyakan kiriman Tedi tiada identiti sendiri.
- Tedi cuba selidik di busuk.org, dan ternyata kiriman yang dicuri ini boleh dijumpai di sana.
- Dan melihat kepada tajuk-tajuk kirimannya, rasanya hampir semua adalah copy-paste semata-mata.
- Nasib baiklah Tedi ni mencoret suka-suka, kalaulah Tedi blogger professional, harus Tedi saman. Hehehe.
20130725
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.