Tedi sangkakan masalah kecil jer, tapi rupanya banyak portal syarikat gergasi di Malaysia yang terjejas dengan serangan ini.
Di antaranya Skype Malaysia, Bing Malaysia, Dell Malaysia, Google Malaysia, dan juga YouTube Malaysia.
Para pelawat telah dicampakkan ke laman web lain yang memaparkan mesej daripada TiGER-M@TE yang mencela Malaysia dan meminta warga Bangladesh di sini dihormati.
Tedi rasa warga Bangladesh di sini lagi gembira daripada duduk di negara mereka sendiri, sebab tu mereka duduk lama di sini. Malahan ada laporan warga Islam di Bangladesh dizalimi
Semoga CyberSecurity Malaysia terus perkasakan dunia maya Malaysia, di samping itu Tedi harap hackers Malaysia juga membantu mencari mana-mana lubang yang perlu ditampal.
CyberSecurity memaklumkan bahawa tiada serangan malware dalam kes ini sebaliknya hanya melibatkan konfigurasi DNS. Apa itu DNS? Tedi pun tak tahu, hahaha.
Bukankah hackers ni jahat?
Tedi bertanyakan soalan yang sama kepada Master.
Master kata yang jahat tu digelar cracker, sebaliknya hacker pula sepatutnya mempunyai etika.
Hacker menceroboh sesuatu sistem untuk memberi peluang kepada pengendali sistem mengenalpasti kelemahan sistem mereka.
Cracker pula menceroboh sesuatu sistem semata-mata untuk menyebabkan kerosakan.
Isu ini telah menggegar para Twitter di Malaysia
Sumber berita mengenai laman web Malaysia digodam:
2 Ulasan
semoga cepat pulih.. domain '.com.my.' juga telah di'hack'.. ada akak berkunjung di blog yang guna domain tu keluar error code..
BalasPadamblog mana la ek yg kena tu?
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.