Akhirnya para saintis dapat menentukan warna sebenar planet HD 189733b.

Tedi ternganga apabila statistik carian interpretZZ menunjukkan ada manusia yang cari "budak couple seminggu" di interpretZZ ini. Entah kiriman manalah dalam interpretZZ yang ada kaitan dengan carian beliau itu? Daripada duk sibuk pasal budak-budak, baik Tedi baca pasal planet di angkasa raya kita.

Planet yang bertuah pada kali ini adalah Planet HD 189733b. Boring sungguh nama itu, kan?

Serba sedikit mengenai Planet HD 189733b:

  • Planet yang terletak sejauh 63 tahun-cahaya daripada Bumi dikatakan berwarna Biru Cobalt.
  • Penemuan ini adalah melalui pemerhatian oleh Hubble Space Telescope.
  • Tapi jangan terpedaya dengan warnanya, kerana planet ini adalah:
    • planet bergas panas dengan suhu 1800 Fahrenheit (1000 Celsius)
    • berhujan kaca dalam angin berkelajuan 4350 batu sejam (7000 km/j).
    • perbezaan suhu siang dan malam sebanyak 500 Fahrenheit (260 Celsius) adalah punca kepada angin kencang di sana.
  • Ini merupakan penemuan pertama ke atas exoplanet iaitu planet di luar Galaksi Bima Sakti. Bermakna HD 189733b mengorbit mataharinya sendiri.
Cantik kan? Tapi keadaan di sana sungguh merbahaya. HD 189733b ini disamakan dengan Planet Jupiter yang panas. Dengan suhu 1000 Celsius, patutnya dah tahu kenapa ia mendapat julukan sebegitu.

Kepanasan melampau di sana dikatakan berpunca daripada kedudukan Planet HD 189733b ini dengan mataharinya. Planet ini mengambil masa 2.2 hari (ikut kiraan Bumi) untuk mengelilingi mataharinya. Ingat, planet ini bukan dalam Bima Sakti, maka ia tidak berkongsi matahari yang sama dengan Bumi. Luas sungguh kekuasaan Allah. Tak terjangkau dek fikiran Tedi ni.
Ini adalah perbandingan warna-warna planet yang kelihatan pada mata kasar.


Sumber berita:

***21 Julai 2013***