Minggu raya ini Tedi sibuk beraya sehingga tak sempat menconteng diari
Nak muat-naik (upload) gambar raya, malas la pula nak salin (copy) gambar daripada kamera. Jadi buat sementara ini Tedi muat-naik dahulu gambar-gambar lama terutama yang berunsur abstraks, sesuai dengan nama diari Tedi ini, interpretZZ.
Abstraks lah sangat kan?
Mind your step !!!
Please ensure the balcony door is always locked before leaving your room.
Maksud abstrak [ab.strak]
Tulisan jawi: ابسترک
Perkataan | Definisi | Contoh Ayat | Sumber |
abstrak | tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad | Kesetiaan adalah sesuatu yang abstrak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abstrak | tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentang sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua | |
mengabstrakkan | menjadikan sesuatu abstrak | Kamus Dewan Edisi Keempat | |
keabstrakan | perihal atau sifat abstrak | Kematangan seseorang pelukis boleh dilihat dlm ciri-ciri keabstrakan lukisannya | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Jaga langkah !!!
Pastikan anjung pintu sentiasa dikunci sebelum meninggalkan bilik anda.
Apakah itu anjung pintu?
Anjung pintu bermakna anjung kepada pintu. Macam mana pintu boleh punyai anjung? Selalunya anjung hanya terdapat pada rumah.
Mungkinkah amaran ini sebenarnya mahu meminta penginap untuk mengunci pintu anjung bilik mereka? Tedi pasti itulah niat utama mereka memandangkan mereka mahu balcony door ditutup. Main terjemah membabi buta, apa cikai sangatkah Bahasa Malaysia?
Nak duduk Malaysia tapi Bahasa Malaysia hancur. Macam mana?
Maksud anjung [an.jung]
Tulisan jawi: انجوÚ
Perkataan | Definisi | Contoh Ayat | Sumber |
anjung | bahagian rumah yang ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah) | Kamus Dewan Edisi Keempat | |
anjung peranginan | anjung tempat mengambil angin | Kamus Dewan Edisi Keempat | |
anjung-anjung, anjungan |
panggung yang tinggi di buritan perahu | Kamus Dewan Edisi Keempat | |
anjung-anjungan | puji-pujian yang berlebih-lebih, bodek | Dia tak termakan oleh anjung-anjungan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beranjung, berperanjung |
mempunyai anjung | adalah dilarang membangunkan rumah beranjung dan rumah bertiang gantung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dianjung | dipuji-puji, diangkat-angkat, disanjung-sanjung. | Dia seorang yang suka dianjung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganjung, menganjungkan |
memegang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi. menuju (perahu dan sebagainya). |
Menganjung layang-layang yang hendak diterbangkan. Perahu itu pun menganjung ke tengah laut |
Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganjung-anjung, menganjung-anjungkan |
memuji-muji, mengangkat-angkat, menyanjung-nyanjung | Kamus Dewan Edisi Keempat | |
Menganjungkan diri bagai sepasin | peribahasa dialek Minangkabau: orang yang hina tetapi hendak melagakkan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat | |
tinggi dianjung, besar dilambuk | peribahasa dialek Minangkabau: kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
--- tammat, 20121014 ---
2 Ulasan
hana pun pelik gak tadi.. anjung pintu.. huhu
BalasPadamhahaha... mula-mula macam ok, lama-lama fikir, tak ok...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.