Setelah hampir 12 jam, akhirnya tiba di Sepang.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah subhanahu wa ta'ala yang telah mempermudahkan kenderaan itu bagi kami sedangkan kami tidak pernah ada daya upaya untuk mengawalnya. Perjalanan kami balik ke kampung dan kembali ke bandar sempena Eidil Fitri 2013 agak lancar.

Tedi dan Mommy dan Master telah selamat tiba daripada Kelantan pada jam 3 pagi tadi.

Kami bertolak dari Kelantan pada jam 3 petang semalam. Perjalan kami kali ini dibantu pleh applikasi Waze.

Master menggunakan jalan Bunut Susu - Rantau Panjang - Panglima Bayu - Jeli ketika menghala ke Gerik. Jalan agak clear tambahan dapat mengelakkan Bukit Bunga melalui jalan alternatif yang disediakan oleh pihak berkenaan. Itupun Master terpaksa berpatah balik setelah terlajak dek kerana papan tanda yang diletakkan adalah selepas simpang.

Pendakian ke Gerik amat lancar. 


Kereta banyak namun kami masih boleh memintas kebanyakannya mungkin kerana kereta kami agak ringan walaupun penuh dengan pelbagai barang, almaklumlah balik kampung, macam-macam dikirim orang Kuala Lumpur. Meningkat ekonomi orang Kelantan macam tu. Kalau mereka kirim guna POS Malaysia, meningkat pula ekonomi staf POS Malaysia.

Dalam perjalan dari Jeli ke Gerik, Tedi nampak ada pelancong asing (omputeh) yang menahan kereta dengan memegang kertas bertulis Gerik. Adakah mereka back-packers? Malang buat mereka kerana mengembara pada masa cuti raya kerana sudah tentu kebanyakan kenderaan penuh, kalau tak penuh dengan orang, penuh dengan barangan.

Tiba di Gerik


Sekitar jam 6.30 petang kami dah sampai di Gerik. Terus Master penuhkan petrol walaupun tangki hanya kosong suku kerana Master maklum di lebuhraya Utara Selatan nanti memang susah nak berhenti. Berhenti tu senang, tekan je brek, tapi nak berhenti isi minyak dan sebagainya di hentian rehat tu, memang sesaklah.

Hampir waktu Isya', kami singgah makan. Master je makan. Mommy taknak buka bekalan di kedai orang, takut tuan kedai tu marah. Kalau dia marah, lain kali jangan singgah. Bukannya kita tak order minuman. Master siap order sepinggan mi goreng lagi sebab nak sokong industri orang Melayu dan melaksanakan dasar muamalat, cukuplah tu. Bukan ramai sangat pun orang singgah. Kita dah singgah cukup bagus.

Depan kedai tu ada masjid. Di sinilah kesilapan keputusan dilakukan Master kerana tak singgah masjid tu. Kerana dalam Kuala Lumpur sahajalah boleh cari tempat solat, badan pun dah letih. Lain kali boleh improve.

Trafik perlahan di Kuala Kangsar

Gambar di sebuah bulatan di Kuala Kangsar. Masa ini kami dalam perjalanan ke Kelantan, cuma pada waktu pagi. Sempatlah merayau ke sekitar Kuala Kangsar. Kalau ada masa nanti Tedi kirim 1 kiriman mengenai Kuala Kangsar.

Master dah tahu Kuala Kangsar sesak (maksudnya lebuhraya dari tol Kuala Kangsar). Jadi Master tak berkejaran. Master tak potong pun kereta kecuali yang terlampau perlahan. Dalam jam 9 malam tiba di tol Kuala Kangsar. Memang sesak. Waze melaporkan kelajuan kami 25 km/j. Tapi akhirnya, kesesakan itu cuma disebabkan oleh mereka yang mahu berhenti di RNR Sungai Siput, kalau tak silap, sebelum terowong Changkat Jering (ye ke nama terowong tu Changkat Jering. Punyalah ramai bersesak nak berhenti, hanya lorong paling kanan yang mahu meneruskan perjalanan.

Di sepanjang lebuhraya itu situasi sama berlaku hampir di semua hentian.

Tayar depan tak mencengkam

Walaupun Proton Saga BLM milik Mommy guna tayar Michelin yang best, kalau tak jejak bumi, tak guna juga.
Gambar dicuri daripada Hafizulah 2506: Segmen automatif harga tayar Michelin.

Tedi perasan kali ini Master tak berapa memecut. Dia akan perlahankan kelajuan apabila melebihi 100 km/j sedangkan Tedi tahu Master akan mengantuk kalau tak terlalu laju.

Apabila Tedi meluahkan kemusykilan di jiwa, Master kata dia dapat rasakan tayar kereta di bahagian hadapan kurang mencengkam. Mungkin kerana penambahan beban di bahagian belakang menyebabkan tayar depan terjungkit. Sedangkan kereta Mommy adalah pacuan roda hadapan. Apabila tak mencengkam, enjin menderum kuat tapi kereta tak berapa memecut. Dalam situasi ini adalah merugikan untuk memaksa enjin tatkala kestabilan kereta pun tak berapa nak ok.

Pertama kali lalu Lebuhraya Guthrie

Susur keluar dari Lebuhraya Utara Selatan ke Lebuhraya Guthrie terletak selepas susur keluar Rawang (mungkin bukan betul-betul selepas susur keluar a.k.a exit Rawang). Orang selalu kata Lebuhraya Guthrie ni pusing jauh, tapi mereka yang menggunakannya memilih laluan ini kerana ia lengang. Cuma hati-hati je lah di kawasan lengang ni, kalau nampak gaya diekori, cuba jauhkan diri.

Selepas exit Rawang, Master telah membuat keputusan drastik untuk menggunakan Lebuhraya Guthrie ke NKVE. Nasib baik ada Waze, kami tak sesat, itupun nyaris-nyaris Master salah lorong. Memang lengang Lebuhraya itu, boleh memecut dengan tenang (setelah mengabaikan perangkap laju). Tapi tol je ada 4 kali, setiap satu RM1.40. Patutlah kawan Master boleh claim 80 kali penggunaan Touch N Go sebulan, sehari je dah 8 kali dia touch, hehehe.

Singgah solat di Hentian Elmina Selatan (kalau tak salah nama). Kedai semua dah tutup, tapi suraunya memang selesa.

Keluar di Bukit Jelutong kemudian masuk ke ELITE (Expressway Lingkaran Tengah).

Sampai rumah memang terus berus gigi dan tidur.

20130813