Sedar tak sedar, sudah masuk minggu ke-2 bulan Augustus.

Sedar tak sedar juga, sudah hari ke-4 umat Islam di Malaysia berhari raya.
 
Pada hari ini tiada tentatif rasmi menyambut hari raya.
 

Rancangan ke Kuala Krai dibatalkan.

Sepatutnya pada hari ini, Mommy nak ke majlis perkahwinan bos beliau di Kuala Krai. Namun laporan trafik kurang memberangsangkan, maka kami tak jadi ke sana.
 
Sebaliknya kami ke majlis perkahwinan lain di Lembah Sireh iaitu di Kampung Sireh. Kampung yang dikatakan tempat membesarnya Roslin Hashim dan Hafiz Hashim.
 

Bergegas ke Hospital Tanah Merah

Seterusnya dalam jam 13:00 kami bergegas ke Hospital Tanah Merah kerana sepupu Mommy bersalin tak cukup bulan (7 bulan kandungan). Kami ikut sebuah Alza jadi jalan yang dilalui memang kami langsung tak kenal.
 
Konvoi kami terpecah sebentar di Pasir Mas kerana kesesakan jalan. Ini adalah kerana Master memang tak suka menyelit-nyelit. Tak profesional katanya.
 
Konvoi kami bersatu semula di sebuah masjid yang diberi nama Masjid Kelar. Selepas solat Zuhur kami bergerak semula dengan lancar dan licin.
 
Kami sampai di Tanah Merah sekitar jam 15:00.
 
Pengalaman di Hosptal Tanah Merah Kelantan ini dirakam dalam [t13h11] Satu Petang di Hospital Tanah Merah Kelantan.

Pulang melalui jalan Tanah Merah - Pasir Mas.

Sekitar jam 16:30, kami bergerak pulang. Tidak lagi berkonvoi kerana Master malas nak ikut orang. Kami ikut jalan Tanah Merah - Pasir Mas sekali lagi. Ini jalan yang kami tempuh ketika balik tempoh hari, jadi Master dah faham jalan ini sedikit sebanyak.
 
Jalan ini memang akan sumbat (sesak) di bulatan di Pasir Mas.
 
Kami tiba ke rumah sekitar jam 18:00.
Jalan sumbat di jalan Tanah Merah - Pasir Mas. "Jalan sumbat" adalah bermaksud "traffic jam" dalam bahasa Inggeris. Disebut sebagai "jale sumbak" oleh orang Kelantan.
 

Lee Chong Wei kalah kepada Lin Dan.

Sekitar waktu Maghrib pula, Tedi melayan Chong Wei melawan Lin Dan. Malangnya Chong Wei tewas setelah menarik diri akibat kecederaan.
 
Secara keseluruhannya Lin Dan lebih hebat kerana dia menguasai tengah gelanggang, sebaliknya Chong Wei dipaksa berlari ke seluruh gelanggang.
 

Ke Bachok melawat bekas rakan sepejabat Master.

Selepas Isya, kami bergegas pula ke Bachok. Jalan sumbat di bulatan Wakaf Bharu dan hampir di kesemua lampu isyarat di Kota Bharu menghala Terengganu. Nasib baik selepas simpang berhampiran Hospital USM Kubang Kerian, jalan ke Bachok lancar.
 
Dalam jam 00:30 baru kami pulang.