بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pertama kali sampai Kelantan tak sampai 8 jam

Alhamdulillah, Tedi dan Mommy dan Master telah berjaya sampai ke Kelantan waktu Isya malam tadi. Kami gerak lewat, sekitar jam 1 petang atau lebih tepatnya pada waktu Zohor semalam.

Kelewatan itu telah dijangka memandangkan Master mahu tukar timing belt dan juga outer-belt kereta Proton SAGA BLM 1.3MT IAFM milik Mommy.

Panjangnya la nama kereta Mommy tu kan? hehehe.

 

Kutip kacang botol

Paginya sekitar jam 7, Tedi mengutip semua Kacang Botol a.k.a Kacang Kelisa yang ada di kebun.

Banyak juga hasil kali ni, mau lebih 20 biji. Alhamdulillah, inilah satu-satunya tanaman Tedi yang telah membuahkan hasil.

Tedi petik sekali yang muda sebab kami balik kampung ni lama juga. Ternyata yang muda tu lah sepatutnya dipetik, manakala yang tua tu dah layak dijadikan benih.

Nampaknya ilmu pertanian dan ilmu mengenai ulam masih cetek di dada Tedi.

 

Mummy hantar Mak Long dan Cik Su ke Lapangan Terbang Subang

Mommy pula gerak ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang untuk hantar kakak dan adik Mommy naik kapal terbang jam 9.30 pagi ke Kota Bharu.

 

Cari bengkel untuk tukar timing belt Proton SAGA BLM

Jam 7.50 pagi pula, Tedi dan Master bergerak ke kawasan bengkel yang selalu Master pergi. Malangnya bengkel yang dihajati hanya akan dibuka pada jam 9.00 pagi.

Kami pun ronda-ronda mencari mana-mana bengkel yang ada. Alhamdulillah, setelah 3 kali pusing akhirnya nampak sebuah bengkel yang baru dibuka dan masih tiada pelanggan. Master pun segeralah tuju.

Harga untuk tukar timing belt RM420 dan outer-belt RM100. Barang boleh dibawa sendiri.

Master pun bersetuju untuk teruskan penukaran timing belt SAGA BLM tu, dah rezeki bengkel tu tambahan bengkel itu diterajui oleh orang Melayu.

Apa salahnya bantu bangsa sendiri dan mudah-mudahan ada pahala sebab bermuamalat dengan orang Islam. Lagipun bengkel yang Master pergi sebelum ni quote harga RM500 untuk tukar timing belt sahaja.

Rezeki bengkel tu pada pagi tu, dan alhamdulillah dek kerana bengkel lain lambat buka, maka Master dapat tahu ada bengkel orang Islam di sana.

2 jam jugalah tung-tang, tung-tang untuk tukar timing belt. Master tunggu sambil baca paper, manakala Tedi pula duk ralik main games Empire Defense 2.

Pakcik pomen tu guna timing belt cap Misubishi tu. Best nye la Tedi rasa, hehehe.

 

Laporkan kepulangan ke kampung di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang

Sekitar jam 11 pagi, kereta Proton SAGA BLM Mommy pun siap ditukar timing belt. Kami kemudian ke kedai hardware berhampiran untuk cari rantai untuk kunci pintu pagar.

Setelah beli rantai, kami terus ke rumah. Master angkat barang-barang masuk kereta. Selepas selesai, Master jumpa jiran dan maklumkan pemergian kami.

Kami segera berlepas sebelum itu namun terpaksa berpatah balik apabila Master menyedari kamera DSLR Canon EOS 550D tidak dibawa bersama. Mahu membebel Mommy nanti kalau tertinggal yang itu. Kalau tertinggal Tedi, tak jadi masalah.

Dah ambil kamera, Master ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang yang berhampiran untuk beramah-mesra dengan anggota-anggota polis di sana sambil mengisi borang yang disediakan. Sekejap je dah beres.

 

Jemput Mommy di Bangsar

Dalam jam 12, kami sudah bergegas ke Bangsar untuk menjemput Mommy. Pada ketika ini Master memang dah cuak kerana kami akan ke Kelantan melalui Gerik dan Master tak mahu lalu di sana ketika hari gelap. Sebelum ini kami selalunya sampai di Kuala Kangsar ketika Subuh.

Selepas jemput Mommy di Bangsar, Master terus menghala ke PLUS. Anehnya Master tak lalu jalan biasa iaitu Lebuhraya Persekutuan dan masuk ke PLUS melalui Subang, sebaliknya Master menggunakan SPRINTS ke Jalan Duta dan masuk ke PLUS di sana. Mungkin Master khuatir berlaku kesesakan di sekitar Damansara.

Masuk sahaja ke Lebuhraya Utara Selatan, jalan bukan sahaja tidak sesak, malahan lebih lengang berbanding hari-hari minggu. Sungguh aneh. Barangkali tiada siapa mahu bergerak pada waktu tengahari seperti kami, tambahan cuaca memang agak panas. Penghawa dingin kereta pun tak mampu mendinginkan kami.

 

Cuaca panas sebabkan Master mengantuk

Tedi faham sangat perangai Master ni, kalau dia kepanasan, dia akan mengantuk! 

Tedi mula perasan kelajuan kereta kami tiba-tiba sahaja sangat perlahan. Nasib baik Tedi dah sediakan senjata rahsia untuk Master. Berbekalkan penyembur air, Tedi basahkan Master dengan semburan air bak titisan hujan di waktu petang. Seperti Popeye mendapat bayam, Master kembali bertenaga dan kami kembali meluncur laju ke Hentian Rehat Tapah.

Singgah di Tapah sekitar jam 2.30 petang untuk urusan mengisi minyak dan juga solat jamak taqdim dan qasar Zuhur dan Asar. Isi tangki penuh RM50 ketika tolok aras minyak menunjukkan hanya 2 bar (takuk) minyak yang berbaki.

Dalam jam 3.30 petang kami menuju Kuala Kangsar dan sejam kemudian kami tiba di sana.

Gambar Jalan Kuala Kangsar - Gerik pada 2011.
Sebahagian daripada Jalan Kuala Kangsar - Gerik. Keadaan jalan yang lengang membantu mempercepatkan ketibaan kami di Kelantan. Yang ni gambar tahun 2011 di mana ketika itu Master gerak sebelum Subuh dan tiba di Kuala Kangsar pada jam 7.30++ pagi.

 

Banyak kerepek di jalan Kuala Kangsar - Gerik

Menuju ke Gerik dari Kuala Kangsar dijangka mengambil masa 1 jam 50 minit. Jadi kami dijangka tiba di Gerik pada jam 6.20 petang. Namun jalan yang lengang ditambah dengan penggunaan timing belt jenama Mitsubishi meyakinkan Master untuk lebih kerap memotong.

Di sepanjang jalan kelihatan ramai orang menjual kerepek. Master memang hantu kerepek, namun dia saja tak singgah kerana mengejar masa.

 

Melalui Gerik

# kereta Perodua Kancil # kereta Proton Saga BLM # gambar orang menunggang motosikal # gambar mercu tanda Gerik di atas bukit #
Alhamdulillah pada jam 5:26 petang kami sudah melalui mercu tanda Gerik ini menuju ke Lebuhraya Timur Barat yang sewajarnya dilalui sebelum matahari terbenam kerana lebuhraya itu merentasi Banjaran Titiwangsa. Ia akan diselubungi kabus dan berkemungkinan besar kita akan bertembung dengan haiwan liar di tengah lebuhraya. # kereta Perodua Kancil # kereta Proton Saga BLM # gambar orang menunggang motosikal # Saturday, 3 August 2013, 17:26 # 20130803 # IMG_9589.JPG # Canon DIGITAL IXUS 80 IS #

Dalam jam 5.30 petang kami sampai ke Gerik, 50 minit lebih awal daripada jangkaan.

Kami mula masuk ke Lebuhraya Timur-Barat dan kali ini Master mula memandu dengan tenang kerana dia sudah dapat menjangkakan kami bakal melintasi Banjaran Titiwangsa sebelum jam 7 malam.

Tambahan pula di sana ada banyak lorong memotong, jadi tak perlu terkocoh-kocoh untuk memotong, tunggu sahaja kawasan lorong memotong dan Proton SAGA BLM 1.3MT IAFM timing belt Mitsubishi itu akan menunjukkan kuasanya! Hehehe.

 

Melalui Royal Belum Pulau Banding

Dalam perjalanan pulang ke Kelantan melalui Lebuhraya Timur Barat. Melalui Pulau Banding sekitar jam 6:02. Boleh dikatakan jika sudah tiba di sini kita telah melalui separuh daripada Lebuhraya Timur Barat ni. Seram juga kalau melalui kawasan ini pada malam hari kerana dikhuatiri terserempak dengan haiwan liar seperti gajah.
# Mercu tanda ROYAL BELUM # EMKAY GROUP # SELAMAT DATANG Belum Rainforest Resort PULAU BANDING PERAK MALAYSIA # www.belumresort.com # 05-791 6800 # Kereta Perodua ALZA putih dengan nombor pendaftaran CDD 6661 #
# Saturday, 3 August 2013, 18:02 # 20130803 # Canon Canon DIGITAL IXUS 80 IS # IMG_9601 # https://goo.gl/maps/myQckUiKWsZZHVgL9 #

Benarlah jangkaan Master itu. Kami melepasi Jeli pada jam 7.30 dan berbuka puasa di dalam kereta. Makan Karipap Godang je, sampai kampung barulah makan nasi. Tedi pula makan ikan salmon.

 

Master elakkan jalan Rantau Panjang

Hari sudah gelap dan Master mengubah perancangan. Jalan Rantau Panjang yang selalu digunakan nampak tidak relevan kerana jalan sungguh lengang. Kadang-kala hanya kereta kami sahaja di jalanan.

Master menuju Tanah Merah dan sampai di satu tempat kami kehilangan arah. Master bertanya kepada peniaga kedai makan di Tanah Merah dan berkat bimbingan beliau kami kembali menemui jalan yang lurus.

Jam 8.00 malam, Master mula sedari mereka takkan sempat solat Maghrib, tambahan pula kali ini kami akan tinggal lebih 5 hari di kampung, maka tiada pilihan solat musafir bagi Master dan Mommy. Kami segera singgah di masjid berhampiran dan mereka menunaikan Solat Jamak Tadim dan Qasar Maghrib dan Isya'.

Selepas selesai, kami terus beredar, dan tak sampai 10 minit sampai di kampung.

Sampai di kampung, usai makan malam, Master terus pengsan!

Pengalaman balik beraya pada 20130803 ke Wakaf Bharu melalui Gerik, Lebuhraya Timur Barat.