Aktiviti rasmi Mommy apabila di Kelantan tentunya shopping.


Pagi tadi Mommy ajak Master ke Pengkalan Kubor. Hajat Mommy mahu beli comforter yang serupa dibeli oleh nenek. Nenek beli comforter yang terlibat dengan harga RM120. Tak tahulah comforter apa, mungkin yang jenama Narita tu kot?

Adakah comforter ini yang menjadi sasaran Mommy? Orang KL memang minat borong benda ni.

Perjalanan ke Pengkalan Kubor dari rumah nenek mengambil masa kurang sejam. Jalan pula sungguh lancar. Kelihatan beberapa Wat atau kuil orang Buddha di tepi jalan.

Nasib baik apabila sampai di sana, orang belum ramai lagi. Cuaca di Pangkalan Kubor pula sangat panas sehingga Tedi rasakan kepala Tedi nak pecah.

Sasaran pertama Mommy di Pengkalan Kubor adalah Impian Suri, di mana nenek beli comforter tersebut. Malangnya apa yang dicari Mommy tidak boleh diperolehi dengan harga RM120, sebaliknya harga yang ditawarkan adalah 2 kali ganda.

"Harga naik disebabkan Hari Raya, ramai orang Kuala Lumpur balik Kelantan" - nenek.

Idaman Suri ni jual macam-macam barangan seperti comforter, pinggan mangkuk, barangan plastik dan yang Tedi baru perasan adalah coklat. Mommy kata Idaman Suri di Langkawi lebih murah berbanding Impian Suri Pengkalan Kubor ni. Master kata sebabnya Langkawi tiap-tiap hari kena serbu, manakala Pengkalan Kubor masa orang Kuala Lumpur turun Kelantan.

Tahun ini nampaknya Impian Suri turut menjual coklat. Coklat Daim yang Mommy selalu kirim apabila office-mate beliau balik kampung di Langkawi turut dijual di sana. Master intai Kinder Bueno, 3 bungkus RM8.80, sama harga dengan promosi di Giant Nilai, toksahlah beli, tak kenyang pun.

Kemudian kami pun ronda-rondalah sekitar Pangkalan Kubor untuk mencari comforter yang Mommy nak. Memang tak jumpa pada harga yang nenek dapat.

Sekali Mommy bawa Master pergi kedai jersi yang memang banyak terdapat di Pengkalan Kubor. Master kali ini berjaya menyambar 2 helai jersi dengan harga RM58. Kalau di Kuala Lumpur, harus RM60 sehelai. Sehelai jersi pasukan bolasepak tempatan (bukan Kelantan) dan sehelai jersi kelab Liga Perdana Inggeris. Beli yang tahun 2013 memandangkan kelab yang Master sokong tu tak berapa popular di Malaysia, jadi versi 2014 mungkin takkan dijual.

Macam-macam jersi ada. Antarabangsa mahupun tempatan. Pastikan kalau nak beli minta yang versi 3A iaitu kualiti paling marvelous. Selalunya tak sampai RM40. Jersi Harimau Malaya yang baru nampak tak awesome, maka Tedi malas nak beli.

Selepas sekian lama meronda, tidak berjumpa juga apa yang dicari, maka kami pun beredar dari sana. Seperti biasa pihak kastam akan memeriksa kenderaan.

Kalau comforter harga RM100 ke atas tu akan dikenakan cukai. Kata kawasan bebas cukai?

Tedi memang suka tengok motosikal dari Thailand, memang comel-comel belaka.
Pertama kali Tedi tengok Kain Sampin berwarna-warni. Mungkin yang ni edisi 1Malaysia. Sampin memanglah ditenun kan? Ini edisi Kelantan ni kot sebab ada tulis "Kelantan Beb".
Rasanya ini satu-satunya Auto Teller Machine (ATM) yang ada di Pengkalan Kubor ni. Jadi sebelum ke sini silalah keluarkan duit awal-awal.
Rupa-rupanya Pengkalan Kubor ni masih dalam jajahan takluk Tumpat. Tengok logo kad kredit tu pasti membuatkan ramai calon pembeli tersenyum lebar. Tapi bukan semua kedai ada kemudahan seperti ini.
Panas atau hujan, terdapat laluan berbumbung untuk kemudahan peniaga dan pembeli.
Cukup sampai di sini, lain kali kalau Tedi larat, Tedi kemaskini kiriman ini.

Impian Suri, bukan Idaman Suri di Pengkalan Kubor, harga pinggan mangkuk di langkawi dan pengkalan kubur. Ada tak coklat di pengkalan kubur? Tentulah ada. Deretan kedai pinggan mangkuk di Pengkalan Kubor.. coklat Daim di Kelantan boleh dibeli di ..


20130806