Sekian lamanya orang menyatakan penggunaan kasut tumit tinggi akan mendatangkan masalah.

Imbasan X-Ray 3D yang menunjukkan kerosakan yang berlaku ke atas kaki seorang wanita yang memakai kasut tumit tinggi.

Namun kaum wanita takkan pernah peduli, asalkan mereka dapat berjuang dalam keadaan menjulang seperti Bambi berjalan di kolam beku.

Tedi mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua kaum wanita manusia di luar sana supaya sudah-sudahlah ber-obsesi dengan kasut tumit tinggi.

Kini buat kali pertama, podiatrists telah dapat melihat kecacatan sebenar yang disebabkan oleh kasut tumit tinggi, dan kerosakan itu "lebih teruk" daripada yang dipercayai sebelumnya. 

Setelah mengkaji imbasan 3D kaki seorang wanita yang memakai kasut tumit tinggi, pakar bedah ortopedik Andy Goldberg terkejut apabila melihat cara tulang di kaki sedang terkehel dan berpotensi menjadi cacat. 

Walau bagaimanapun, berita itu tidak mungkin membuat perbezaan yang besar untuk pilihan kasut pesakit. Goldberg berkata bahawa kaum wanita tidak suka mendengar doktor menyatakan bahawa kasut mereka bermasalah.

"Jika saya cadangkan mereka memakai kasut yang selesa untuk kaki mereka, saya mungkin akan ditumbuk di muka." - pakar bedah ortopedik, Andy Goldberg.

The 3d scan that will shock every high heel loving woman.

cerita peminat tumit tinggi

20130825