Karangan ini telah dikemaskini pada 17 Mac 2018 pada transaksi 598-X

Tok Abah asyik bertanya, macam mana tapai boleh menjadi manis?

 
Tedi pun tak tahu sebenarnya, tapi Tedi jawablah yang karbohidrat ditukarkan kepada gula. Ini adalah kerana tapai yang dibuat daripada beras contohnya adalah sejenis sayur. Sayur lazimnya mempunyai gula, manakala beras dikenali sebagai sumber karbohidrat utama manusia di Malaysia.
Rupa Tapai Pulut, kegemaran Master ni, tapi kalau terlebih makan, bisa memanaskan badan.
Resepi Tapai Pulut
Rupa sejenis tapai yang dipanggil Tapai Ubi sebab dibuat daripada ubi.
Foto dari Ramuan Tapai Ubi dan Tapai Pulut.

Tapai Ubi boleh cegah barah?

Tak pernah pula Tedi dengar, tapi terjumpa pula gambar ini.
 
Ada juga kajian pasal rawatan barah menggunakan Tapai Ubi? Boleh buat bisnes macam ni.
Foto daripada Tapai Ubi merawat cancer.
 

Kenapa ada tapai yang masam?

 
Mommy kata tapai yang manis kerana si pembuatnya senyum semasa menyediakan tapai.
 
Mitos ini adalah mitos semata-mata. Proses penapaian (fermentation) memang akan menghasilkan gas karbon dioksida (CO2) dan juga alkohol. Alkohol ini pada dasarnya manis, namun jika dibiarkan lama akan menjadi masam. Kalau dah masam tu, entah-entah masuk dalam kelas arak?
 
Mungkin inilah punca utama kenapa tapai jadi masam.

Apakah itu alkohol?


Tedi main sebut je penapaian Tapai akan menghasilkan alkohol padahal Tedi tak tahu pun alkohol tu apa. Kalau minuman beralkohol atau arak atau minuman keras tu, Tedi sedia maklumlah ianya haram untuk diminum. Tapi alkohol itu sendiri apa bendanya?

Ini apa yang Tedi faham dan mahu faham. Ada penjelasan yang sungguh teliti dan mendalam, tapi Tedi taknak amik tahu.


  • Alkohol
    • namanya adalah Ethyl Alcohol atau Ethanol, merupakan cecair yang memabukkan yang terhasil daripada proses penapaian gula dan bakteria.
    • selalunya didapati dalam minuman keras.
  • Bagaimana alkohol mempengaruhi manusia?
    • Alkohol sebenarnya adalah "ubat penenang" yang boleh mempengaruhi semua organ badan.
    • Ia diserap daripada perut ke saluran darah.
    • Kemudian sepatutnya ia dihadam oleh enzim di hati, tapi hati hanya mampu hadamkan sejumlah kecil alkohol.
    • Jumlah alkohol selebihnya akan diserap oleh darah ke organ lain.
    • Keadaan alkohol berlebihan inilah yang akan menjadikan kita tidak waras (kurang sedar).
    • Mungkin jalan ceritanya sama seperti manusia mengantuk selepas makan 3 pinggan Nasi Beriani.
  • Kenapa tidak boleh memandu ketika di bawah pengaruh alkohol?
    • Sebab alkohol telah melambatkan tindakbalas organ badan. Samalah macam disuntik ubat bius, sebenarnya sakit tapi tak rasa sebab otak telah ditipu.
    • Ia mengganggu pembuatan keputusan dan juga aturan pancaindera manusia. Sedangkan memandu merupakan medan getir dalam pembuatan keputusan.
  • Kesan pengambilan alkohol berlebihan
    • Penyakit kronik pada diri sendiri, seperti:
      • Liver Cirrhosis - Kerosakan hati akibat kemusnahan sel-sel.
      • Pancreatitis - radang pada pankreas? Wah!
      • Barah - hati, mulut, tekak, peti suara, esofagus (bukan asparagus tau).
      • Tekanan darah tinggi.
      • Kecacatan fizikal.
    • Kerosakan pada fetus (bayi dalam kandungan).
    • Sudden infant death syndrom (SIDS) - gejala anak mati mengejut atau senang cerita bayi mati ketika tidur.

 

Apakah itu Ethanol?

Formula Ethanol, Tedi tak faham pun, saja je letak nak bagi ada gambar, hahaha.
 
Tadi dah baca pasal alkohol, tak puas hati, baca pasal Ethanol pula padahal sama je.
 
Ethanol ada formula kimianya sendiri, boleh baca di wikipedia, adalah:
  • cecair tidak bewarna yang mudah meruap dan boleh terbakar kebaboom.
  • digunakan dalam termometer (patutlah macam pernah dengar), sebagai bahan pelarut atau pencuci (dulu guna untuk cuci kepala kaset) dan juga sebagai minyak kenderaan! Erkkk, berani minum petrol?

 

Sekian

Banyak rupanya yang boleh dipelajari daripada tapai ni. Cukuplah sampai di sini kerana masa tidak mengizinkan Tedi mencoret lagi.

Kajian mengarut Tedi ni merujuk kepada sumber-sumber berikut:

Kenapa tapai ubi tak manis?

15 Ogos 2013