Hari ini Tedi kemas fail-fail lama yang telah berdebu dilitupi debu. Tiba-tiba telinga Tedi tegak, apabila melihat foto yang sungguh rare ini!

"Apa yang rare Tedi oooi? Gambar biasa je tu." - fikir para pembaca interpretZZ sekarang ini.

Ha'ah, gambar biasa je tu, cuma gambar Tedi dan sejambak bunga. Itu bukan perkara luar biasa, kan?

Kandungan: Perkara luar biasa, Maksud Mawar Putih, Bunga yang sesuai digabungkan dengan Mawar Putih


Perkara luar biasa

Apa yang luar biasanya ialah... Master bagi bunga kepada Mommy! Bunga Mawar Putih pula tu. Selalunya Master hanya bagi Bunga Ulam Raja. Kenapa Master susah sangat nak bagi bunga?

"Sebab Master bukannya kaya-raya. Bunga yang diberi kepada Mommy tu sekejap sahaja akan menjadi layu. Lainlah kalau bunga orkid, tahan lama. Tapi apa nilai orkid pada wanita? Bunga liar yang tiada bau." - itulah mentaliti Master.

Daripada Master bagi bunga yang tak tahan lama, ada baiknya Master bagi duit tu kepada Mommy. Tapi taqdir Tuhan itu bukan kita yang menekanya. Taqdirnya Mommy akan menerima sejambak bunga, harap-harap ada kesan positif kepada dirinya. Itulah, bila melihat kembali foto-foto ini, rupa-rupanya Mommy pernah menerima sejambak bunga, daripada Master. Tedi rasa Mommy pun tak sedar kewujudan foto-foto ini.

 Inilah gunanya interpretZZ...

gambar teddy bear bersama sejambak bunga ros
"Mommy, bunga ni boleh makan tak? Nak masak apa bunga ni? Masak kicap atau gulai lemak?"

Gambar bunga Mawar Putih yang diberi oleh Master kepada Mommy sempena... erm... sempena apa ek? Sempena Master tiba-tiba tergerak hati nak bagi bunga, hehehe. Bukan bagi sebab ada makna tau, walaupun mungkin ada erti di sebalik pemberian bunga Mawar Putih.

Gambar Mawar Putih yang dihiasi dengan bunga-bunga yang Tedi tak kenali. Jika kawan-kawan beli bunga ni, cepat-cepat buka pembungkus pada kuntum bunga itu. Mommy cuma buka satu ni sahaja, dan hasilnya hanya yang ini berkembang mekar.

Nota: Tedi saja je guna ayat jiwang, mana tahu kalau-kalau boleh jadi novelis macam Ramlee Awang Murshid.

"Bidaah tul la Tedi ni, Ramlee Awang Murshid tulis cerita thriller la! Ada lak jiwang?"

Maksud Mawar Putih

Mawar putih merujuk kepada spesies bunga ros yang memiliki kelopak berwarna putih dan biasanya melambangkan kesucian, kemurnian, dan cinta yang suci. Mawar putih sering diberikan sebagai hadiah pada acara pernikahan, upacara peringatan kematian, atau sebagai tanda penghormatan terhadap seseorang. Warna putih melambangkan kemurnian dan kesucian, dan juga dapat melambangkan kejujuran, ketulusan, dan kesederhanaan.


Bunga yang sesuai digabungkan dengan Mawar Putih

  1. "baby's breath" atau kuncup bintang
  2. anggerik putih
  3. lili putih
  4. kemboja putih
  5. anyelir putih

20121006