Spesies mammalia terbaru dijumpai di Benua Amerika dalam tempoh 35 tahun.
Kawan-kawan pernah dengar nama Olinguito?
Tedi pun tak pernah dengar. Mula-mula Tedi sangkakan ia nama sejenis spageti dek namanya yang ala-ala Italiano itu.
Rupa-rupanya Olinguito merupakan seekor haiwan berjenis mammalia yang baru sahaja dikenalpasti a.k.a ditemui di Hemisfera Barat Bumi dan lebih tepat lagi di Benua Amerika.
Olinguito ini adalah daripada keluarga Rakun (Raccoon) yang ditemui di Hutan Andean.
Penemuan ini memecah rekod sejarah sebagai penemuan Mammalia pertama di Benua Amerika dalam 3 dekad. Mungkin tak jumpa dah penemuan seperti ini. Dan penemuan ini juga bagi Tedi merupakan penemuan pertama melibatkan haiwan yang masih hidup yang Tedi tahu. Tak tahulah haiwan yang Tedi tak tahu.
Ciri-ciri Olinguito.
- Haiwan karnivor a.k.a makan daging (maging).
- Berbulu kemerahan atau berwarna karat (macam rambut budak perempuan zaman sekarang).
- Berukuran sepanjang 2 kaki atau 0.6 meter.
- Beratnya dalam lingkungan 2 pound atau hampir 1 kilogram (0.9 kg).
- Makan buah-buahan, serangga dan juga manisan tumbuhan (nektar).
- Dilabelkan sebagai "Ahli keluarga Raccoon terkecil".
- Merupakan haiwan dengan taxonomy (bentuk badan) Order Carnivora (kumpulan haiwan mammalia termasuklah kucing dan anjing), Olinguito bukanlah sebenar-benar karnivor kerana tidak makan daging sebagai diet utama. Alah, Kucing pun ada makan durian apa?
Habitat Olinguito.
- Tinggal di kawasan hutan hujan di Andes pada ketinggian 5000 sehingga 7000 kaki di atas paras laut di utara Benua Amerika.
- Spekulasi menyatakan Olinguito boleh juga ditemui di Benua Amerika Tengah dan Benua Amerika Selatan.
Penemuan atas usaha ahli zoo Kristofer Helgen sejak sedekad lalu.
Bapa Olinguito? Hehehe. Dah la kacak, rajin pula mengkaji haiwan. Bagus dia ni. Ahli zoo Smithsonian Institution dan juga pakar National Geographic Expedition. |
- Kristofer Helgen merupakan ahli zoo a.k.a zoologist di Smithsonian Institution yang memulakan usaha mengira spesies Olingo, satu lagi ahli keluarga Raccoon.
- Pada suatu hari, dia menemui sesuatu yang janggal di dalam sebuah laci di Field Museum of Chicago.
- Apakah yang ditemuinya? Jeng jeng jeng. Helgen menemui kulit bulu berwarna oren keperangan, sedangkan Olingo bewarna kecoklatan.
- Melalui kajian mendalam dia mendapati bahawa kulit bulu itu mempunyai tengkorak kepala yang berbeza dengan Olingo, begitu juga set gigi mereka.
"Saya tahu ia adalah spesies berbeza (daripada Olingo), namun saya perlu pastikannya." - Kristofer Helgen.
- Bertahun lamanya Helgen melakukan kajian termasuklah kajian DNA (Kalau dia panggil CSI, mesti sehari je dah jumpa) semata-mata untuk membuktikan Olinguito adalah spesies baru.
- Akhirnya dia meminta bantuan Kays, pakar Olingo dunia untuk membantunya menjejak Olinguito di dalam habitat semulajadi mereka.
- Dia disertai ahli zoo Miguel Pinto dari Ecuador (macam biasa dengar je nama ni, nanti-nanti kena risik ni). Operasi itu berlangsung berminggu-minggu pada 2006 di Andes.
- Kumpulan itu menemui 4 sub-spesies Olinguito.
- Tahun-tahun berikutnya mereka memetakan taburan Olinguito, menyusun semula cabang keluarga Raccoon menggunakan jujukan DNA, dan mengkaji struktur tulangnya.
- Akhirnya mereka menamakannya Olinguito, semalam, yang bermaksud, "Olingo kecil yang memikat hati", dalam Bahasa Sepanyol a.k.a Spanish. (Gamaknya kalau Tedi, bolehlah dipanggil Tedi-uito, macam nama orang Jawa la pulak!)
Olinguito bersembunyi dalam terang!
- Sebenarnya spesies Olinguito ni dah beratus tahun wujud cuma identiti mereka telah silap dikenalpasti.
- Mereka telah lama dimasukkan ke dalam zoo dan muzium.
- Ada juga kes penjaga zoo kebingungan apabila Olinguito yang dijaganya tidak mahu bersosial dengan Olingo yang lain. Padahal dia dah salah kaum.
Rujukan Tedi untuk coretan kali ini:
- For the First Time in 35 Years, A New Carnivorous Mammal Species is Discovered in the American Continents.
- New mammal species discovered.
- New Species of Mammal Discovered in Andes.
6 Ulasan
Kalau aku... Aku namakan binatang tu nama aku...kiikikki.
BalasPadamSebab aku yg jumpa
Hanif-Olingo atau Hanifuito atau Oli-Hanif-uito??
PadamMaaf gurau ek... hehehe
nama tu pon tak pernah dgr lg kan nmpk...mmg tk tahu la..huhuhu..mmg ptt kena ada zoo skrg ni..hihihi.sbb byk binatang tak tahu :D
BalasPadamNama baru bagi, memang la tak pernah didengari di seantero dunia.
PadamBinatang ni kalau nak masuk dalam zoo pun mungkin tak cukup.
first time akak dengar nama binatang tu..
BalasPadamsamalah kita... hehehe
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.