Pesawat pengebom B-1B Lancer milik USAF terhempas.
- Sebuah pesawat pengebom B-1 milik US Air Force terhempas setelah mengalami masalah di udara pada jam 9 pagi, 20 Ogos 2013.
- Kejadian berlaku di kawasan terpencil berhampiran bandar Broadus di Montana, ketika mereka mengadakan latihan rutin.
- 4 orang anak kapal berjaya menyelamatkan diri menggunakan kerusi lenting.
- Penduduk di kawasan itu melaporkan mereka melihat anak-anak kapal melenting keluar sebelum pesawat itu meletup.
- Penduduk Ekalaka pula melaporkan mereka melihat kepulan asap di mana pesawat pengebom B-1 itu jatuh.
- Jurucakap Ellsworth Air Force Base di Rapid City menyatakan 4 orang terselamat dan hanya cedera ringan. Tiada maklumat lanjut diberikan kepada orang awam.
- Pangkalan udara itu merupakan pangkalan kepada skuadron 28th Bomb Wing yang menerbangkan dan menjaga 28 buah pesawat B-1.
Sedikit sejarah pesawat pengebom B-1B Lancer.
- B-1B Lancer merupakan pesawat pengebom udara-ke-darat yang direka untuk menggantikan B-52 Stratofortress.
- Ia direka untuk memasuki ruang udara Soviet dengan pantas dan menjatuhkan bom sambil mengelak pertahanan udara Soviet.
- B-1 terawal diterbangkan pada 1986 ketika pentadbiran Reagan.
- Kemudian USAF menerima 100 buah pesawat tersebut di mana hanya 1/3 yang masih berada dalam perkhidmatan sehingga kini.
- Pesawat ini memerlukan 2 penerbang dan 2 pengawal sistem persenjataan.
Kecelakaan ketiga pada musim panas 2013.
- Ini adalah kali ketiga USAF kehilangan pesawat pada musim panas ini.
- Pada bulan lepas dron QF-4 terhempas berhampiran sebuah lebuhraya di Florida.
- Kemalangan ini merupakan kemalangan kedua pada pangkalan udara yang sama dalam sebulan.
Bacaan lanjut Tedi berada di sini:
- B-1 Bomber Crash: Third Loss For Air Force This Summer; What’s Going On?;
- http://www.examiner.com/article/b-1-bomber-crash-causes-forced-ejection-crash-leaves-4-members-injured
20130821
1 Ulasan
wa'alaikumussalam. tq. Tedi dah ziarah :)
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.