Teruja Tedi melihat gambar model terbaru PROTON Suprima S.
Lebih-lebih lagi apabila iklan itu memaparkan gambar belakang kereta hatchback itu dengan rekaan lampu yang memecah tradisi kereta keluaran PROTON.Tapi apabila Tedi tengok gambar depan, sungguh mengecewakan! Suprima S itu ternyata sebuah PROTON Preve yang telah di-hatchback-kan! Walaupun mereka menyatakan ia kereta berbeza yang tiada kena-mengena dengan Preve, tapi apabila rupa depannya sama, Tedi tetap anggap kedua-duanya sama!
Bayangkan apabila PROTON Suprima S ini mengekori kereta anda, tidakkan anda akan menyangka seekor Preve yang sedang berada di belakang? Kalau bahagian dalaman sama, itu ok lagi. |
Tapi Tedi memahami bahawa langkah ini mungkin boleh menjimatkan kos pembuatan model kereta terbaru PROTON ni. Cuma langkah ini menunjukkan PROTON di bawah Sime Darby kembali meniru perangai lama mereka. Lupakah siri kereta Wira, Satria, Arena dan Putra yang masing-masing kelihatan sama?
Selain itu PROTON mungkin mengalami konflik identiti di bawah Sime Darby yang sinonim dengan siri kereta sports (sukan) dan juga hatch-back seperti ini, tatkala syarikat kereta lain fokus kepada kenderaan keluarga, mereka fokus kepada pasaran kereta sports. Tapi mungkin juga mereka tahu pasaran kereta sebegini memang besar di Malaysia sehinggakan mereka mensasarkan penjualan 750 unit Suprima S sebulan.
Mereka berniaga, sudah tentu mereka lebih tahu. Tedi cuba memandang dari jauh sahaja.
Apa-apa pun Tedi tetap tak suka Suprima S dihasilkan daripada Preve yang dikontotkan.
Tak suka, tak suka.
Tapi Tedi memang suka dengan rekaan lampu belakang. Keep it up!
Apa-apa pun Tedi harap model ini akan menempa kejayaan dan menjadi model hot bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Asia. Lepas tu bolehlah tension apabila model PROTON dijual lebih murah di negara lain berbanding di Malaysia.
Apa-apa pun Tedi harap model ini akan menempa kejayaan dan menjadi model hot bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Asia. Lepas tu bolehlah tension apabila model PROTON dijual lebih murah di negara lain berbanding di Malaysia.
Tak comel la pula PROTON Suprima-S warna putih ni |
Bacaan luar yang berkaitan dengan kiriman Tedi ini:
19 Ogos 2013
23 Ulasan
Cantik..tp mahai..x mmpu beli..huhu
BalasPadamnanti2 akak mampu la tu... tp masa tu mungkin dah ada model yang better...
PadamSetuju dgn tedi.. belakang mmg cun habis.. tpi depan kureng sikit.. ;)
BalasPadamdepan sebab dah serupa dgn Preve kan... huhu...
PadamTapi sampai tang harga rasa macam overated pula (memang spec dia tinggi)..
BalasPadamTedi borak dgn pakcik yg beli Preve, dia kata better Suprima walau mahal berbanding Preve, tapi function dia banyak...
Padamdesign blkg smart lah.. suka tengok.. =)
BalasPadamsetuju dengan akak
Padammasing-masing ada pendapat masing-masing
BalasPadamya benar, dan Tedi pun xdela kondem sangat... :)
Padamwahhh cantik blog awak.....
BalasPadamfakta menarik
jom shared link
reenhomestay.blogspot.com
homestay sungai petani
share link means follow akak ek, boleh aje... :)
Padamharganya mahal.. tak mampu nak milikinya..
BalasPadampasang impian pun boleh juga... kan?
Padammenarik juge kete tuu.,ehHHe
BalasPadamha'ah, sungguh menarik... dia nye functionality la... finishing mungkin kurang sikit...
Padamakak mampu tengok je.. ;)
BalasPadamkalo nak drive, silalah ke branch berhampiran untuk pandu uji ya... hehe
PadamBukan Sime Darby la encik Teddy..DRB-Hicom.. =) ..hehe....
BalasPadamowh, apahal lak asyik terkenan Sime Darby ni? hahaha.. thanks, meh Tedi edit sekarang gak
Padamsuprima memang menarik..terbaik.. :-)
BalasPadammenarik tertarik :)
PadamMudah2an digemari rakyat Malaysia
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.