Nasyid "Puasa" oleh Hadad Alwi sungguh syahdu.

Ketika Master mendendangkan lagu ini, Tedi tersentak daripada lalai. Lagu apakah ini? Sungguh syahdu. Hampir sahaja Tedi menitiskan air mata, menyurai sebak di dada.

Tedi amati, Tedi hayati. Liriknya sungguh puitis. Tedi ikuti sebaris demi sebaris, tiada Tedi fahami. Hanya apabila keseluruhan nasyid ini didendangkan Master, barulah Tedi memahami rintihan hati penulis lirik lagu ini.

Haddad Alwi.
Foto dari "
Haddad Alwi feat. Anti dan Vita - Jagalah Sholatmu Lyrics"

Lirik "Puasa" dan komentar Tedi:

Lewat sudah hari ini panas puasa
Puasa untuk hari ini sudah berlalu atau selamat dilaksanakan. Alhamdulillah.
Alun azan tanda buka, basahi jiwa
Berbuka puasa (iftar) itu ditandakan dengan laungan azan Maghrib. Ketika kita basahi tekak dengan air, alunan azan Maghrib itu pula "membasahkan" jiwa.
Ku sirami kering sepi di ujung hari 
Pembasahan jiwa itu diharap dapat menyuburkan jiwa yang kekeringan pada waktu berbuka itu, iaitu di penghujung hari atau waktu senja. Hari bagi umat Islam bermula pada waktu malam iaitu waktu Maghrib itu sendiri. Jadi hujung hari juga bermakna awal hari seterusnya.
Lambat menanti tak terasa lagi 
Dah berbuka, tak terasa dah jerih waktu berpuasa.

Terimalah puasa hamba, Ya Allah Ya Rabbi,
Walau masa mengikat hawa, lalai terlena 
Berharap kepada Allah subhanahu wa ta'ala untuk terima puasa itu walaupun waktu berpuasa ("mengikat hawa") masih lalai. Mungkin maksud lalai ni melakukan perkara yang mengurangkan pahala puasa.
Hamba cuma insan hina di laut jalan  
Haus dan gersang, lapar di badan yang hamba tahan 
Walaupun manusia ini berpuasa, menahan lapar dan dahaga, dia berasakan dia amat hina. Puasanya tiada apa bagi dirinya. Ini nada merendah diri atau tawadhu. Cuba tanamkan dalam diri, amal ibadah yang dibuat tu cuma seperti kain buruk yang dilempar ke muka, tiada makna apa-apa, tapi dilakukan juga ikhlas kerana itu perintah Allah.
Ampunilah hamba, belum bisa puasa makna  
Rasa praduga, kata dan mata yang terjaga 
"Puasa makna" bermaksud puasa yang dihayati dalam hati. Orang yang begini bukan sahaja mengelakkan makan dan minum, namun dia elakkan semua perkara yang mengurangkan pahala puasa. Dalam rangkap di atas dia elakkan rasa prasangka yang berkaitan dengan hati, elakkan kata-kata yang tidak elok (sama ada mendengar atau mengata), dan elakkan memandang apa-apa yang tidak elok (tonton televisyen drama "Demi Dia" mungkin termasuk dalam hal ini).
Terimalah Ya Rabbi walau cuma lapar dahaga 
Bimbingkanlah kami bersihkan hati mencari diri 
Walaupun puasa individu tersebut cuma puasa makan minum sahaja, bukan "puasa makna", dia tetap mengharapkan puasanya diterima Allah subhanahu wa ta'ala. Selain itu semoga puasa dan bimbingan Allah akan membantu manusia kenali fitrah diri sendiri.

20130805