KOTA BHARU, 30 Julai 2013 -

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membuktikan keprihatinannya dalam membela nasib warga emas di negeri ini dengan menjadikan Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin di sini sebagai rumah angkat pertama universiti itu.

Rumah Seri Kenangan yang merupakan pusat jagaan harian warga emas ketika ini menempatkan seramai 129 penghuni.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose dalam satu majlis berbuka puasa bertemakan 'Yang Tua Disayangi, Yang Muda Dilindungi' yang turut dihadiri oleh Penguasa Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Wira Mahmood, di sini baru-baru ini.

Menurut Raduan, pemilihan rumah jagaan tersebut sebagai rumah angkat UMK bertujuan memenuhi tanggungjawab sosial universiti kepada masyarakat, selain menambahkan keceriaan kepada penghuninya.

"Sebagai warga masyarakat kampus, UMK rasa terpanggil untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada penghuni di sini kerana sebahagian daripada mereka hidup dalam kesunyian walaupun ada yang mempunyai anak."

 

"Kehadiran kami adalah untuk melawat dan beramah mesra dengan penghuni di sini. Bagi warga emas yang sedang merindui anak-anak, anggaplah kami sebagai gantinya untuk melepaskan rindu pada anak-anak mereka yang tidak dapat datang," katanya.


Yang turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof. Madya Abdul Aziz Ab. Latif; Pengarah Pusat Hal Ehwal Korporat UMK, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad; Penolong Pengarah Kebajikan Masyarakat negeri, Norazaman Ab. Manaf dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1, Nor Zainora Mohd. Ali.

Raduan berkata, program tersebut adalah permulaan kepada usaha universiti untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan program melibatkan pelajar dan penghuni rumah perlindungan warga emas berkenaan pada masa akan datang.

Katanya, beliau telah meminta pihak universiti untuk mengatur lebih banyak program berkaitan.

"Insya-Allah, pelbagai program akan dilakukan secara berterusan dalam apa jua bantuan untuk kita sampaikan kepada mereka. Paling penting mereka dapat rasa kasih sayang yang kita curahkan sebagai ganti kepada anak-anak dan cucu-cucu mereka," ujarnya.

Tanda pagar:

kenangan rumah selangorku sp setia mydeposit kpkt my deposit skim borang jenis c d semakan pertama taman puchong utama saujana. aman bsn pertamaku permohonan bantuan ditawarkan a pprt syarat lphs daftar online mohon semak prima sistem pendaftaran pelan ppr status perumahan suk pahang mampu milik kerajaan mesra rakyat idaman pkns 1 malaysia. contoh lembaga hartanah selangor senarai e johor ku cara keluasan kedah melaka memohon sabah terengganu pemohonan sarawak terindah. lirik maiwp mawip proses pembelian maybank keputusan dan 2017 program projek alam rumawip satu kelantan 1malaysia murah rumahku beli bawah 300k de bayu cybersouth perak. harga www com bank islam pinjaman baru prosedur pembiayaan cyberjaya. seri penang pacific kuala lumpur kakitangan hotel swasta kl kelab golf lagu smule. membeli untuk myhome samsons kangar pembeli loan genting highlands sri 2016 pulau pinang kali kelayakan kepala batas. bandar brunei kenanga billion iskandar plan tanpa video pemaju tips di 100 peratus nak dijual indah resort bola semua lama indonesia.